Followers

Thursday, January 16, 2014

Oh bahasaku


Oh Bahasaku.

Cuti persekolahan 2013 hampir ke penghujungnya. Adakah pelajar dan guru sudah bersedia dari segi mental dan material untuk menghadapi sesi persekolahan 2014. Bagi pelajar dan guru, cuti yang panjangnya ini perlu dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah terutama sekali untuk menambahkan pengetahuan sedia. Mungkin ada yang melawat bersama-sama keluarga dan ada yang berehat di rumah menemani anak jantan bersunat. Sementara menemanianak bersunat lebih baik menjeguk buku, majalah yang berada di rak dan membelek-belek untuk menambahkan pengetahuan sedia ada. Apabila kita menelaah buku atau artikel mungkin pernah kita terbaca peribahasa Melayu yang berbunyi "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI" dan "SEPERTI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA"

Agak janggal bila dikatakan pagar yang makan padi?Begitu juga seperti melepaskan BATUK di tangga pula bermaksud buat kerja separuh jalan. kenapa BATUK?apa kaitan batuk dengan tangga? 

Memang semasa belajar peribahasa zaman sekolah dulu cikgu tidak pernah memberi penjelasan tentangkedua-dua peribahasa ini. Biasanya cikgu jawab memang zaman dulu macam itu kita ikut sahaja

Berbalik kepada peribahasa "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI" sebenarnya bukan pagar tapi PEGAR, sejenis burung yang berfungsi untuk menghalau haiwan perosak tanaman padi tetapi disebabkan zaman dahulu kita mengunakan tulisan jawi jadi apabila ejaan jawi dirumikan maka berlaku sedikit kesalahan ejaan iaitu pagar dan pegar.




Seterusnya "SEPERTI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA", kenapa kalau lepas batuk di tangga dikaitkan dengan buat kerja separuh jalan habis kalau buat kerja di tanah rata terbatuk dan terberhenti buat kerja, tak jadi buat kerja separuh jalan.

Sebenarnya bukan BATUK tetapi BATOK iaitu sejenisalat yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Ingat tak zaman-zaman dahulu dalam cerita P.Ramleeapabila tetamu nak masuk ke rumah orang, merekamembasuh kaki denggan menggunakan gayung yang diperbuat daripada tempurung kelapa yang terletak ditepi tangga rumah. 

Jadi SEPERTI MELEPASKAN BATOK DI  TANGGABiasanya selepas membasuh kaki di tepi rumah kitaakan mencampakkan BATOK itu di tangga rumah bukannya hendak letak balik ditempatnya maka sebab itu perbuatan itu dikaitkan dengan buat kerja separuh jalan.

Begitu juga dengan peribahasa "MATA KERANJANG" rasa macam tiada kesalah an tetapi cuba anda cari maksud keranjang itu apa? Keranjang bermaksud bakul yang dianyam daripada tumbuhan seperti rotan,buluh dan sebagainya. Maka apa kaitan Mata Bakul dengan GATAL.

Menurut buku “Bahasa Menunjukkan Bangsa” hasil karya Alif Danya Musyi,seorang penulis daripada Indonesia menyatakan bukan Mata Keranjang tetapi "MATA KE RANJANG" pisahkan ke dengan ranjang yang membawa maksud seseorang lelaki yang melihat perempuan sehingga mahu ke ranjang.

Seterusnya ialah "MERAH PADAM".. kenapa apabilasudah merah padam. Dua kata ini iaitu merah dengan padam macam tiada kaitan. Cuba kita fikirkan, warna merah dan kita padam warna tu dengan pemadam. Adakah apabila kita marah atau malu sampai muka merah tiba-tiba padam.

Sebenarnya bukan merah padam tetapi MERAH PADMAPadma  iaitu sejenis bunga teratai yang berwarna merah kemerahan (nama lain kepada “Teratai Merah”). Kiranya kalau kita malu muka kita jadi merah seperti merah Bunga Padma iaitu nama lain bagi bunga teratai merah. 

Peribahasan lain ialah "Saling Tak Tumpah" sebenarnya sepatutnya ialah "Salin Tak Tumpah" bukan saling tetapi salin. Hal ini disebabkan perkataan yang hampir sama bunyi. Misalnya "Menjolok mata" pakai seksi sehingga terjolok-jolok mata orang yang melihatnya. Jadi peribahasa yang sebenar ialah "Mencolok mata" tetapi kesilapan berlaku dari segi pengunaannya.

Apabila sesi persekolahan 2014 bermula nanti makadiharapkan kita bolehlah sebarkan maklumat  ini. Jangan pula selepas ini kita balik ke sekolah marah cikgu-cikgu Bahasa Melayu kita pula. Sebenarnya kesalahan peribahasa ini bukan hanya terjadi terhadappenutur bahasa Melayu di Malaysia tetapi di seluruh nusantara.Oleh itu, diharapkan dapat kita sama-sama betulkan kerana manusia biasa tidak pernah sempurna majulah BAHASA DEMI AGAMA DAN BANGSA TERCIINTA.

Wednesday, November 20, 2013

TO ALL MY FELLOW STUDENTS

My students are my sons and daughters. I loved them once, I love them still and I always will.
Related Posts with Thumbnails