Followers

Sunday, May 30, 2010

Kuatkan hatiku..

Di keheningan malam, tetiba terdetik di hati untuk melahirkan sebuah entry baru di dalam blog. Memandangkan hit yang agak tinggi dua tiga hari ini, membuatkan saya tertanya-tanya apakah puncanya. Maklumlah, kebiasaannya blog saya untuk mendapat 10 hit pun agak sukar, apatah lagi apabila secara tiba-tiba bilangan pengunjung mendadak naik mencecah 50. Memang sukar untuk diterima akal.



Ditambah lagi dengan saranan rakan-rakan yang menyuruh saya menghasilkan entri berdasarkan kreativiti sendiri dan berhenti meng’copy-paste’ kan entry blog lain, membuatkan saya mula bersemangat untuk menulis. Walaupun saya ini bukanlah pandai sangat menulis tetapi saya sentiasa ingat, “Practice makes perfect”. Saya juga mengingatkan diri saya dengan satu pepatah arab yang sering diulang-ulang oleh seorang sahabat saya yang bermaksud “Segala perkara pada permulaannya susah”.



Walaupun semangat telah timbul dari dalam diri saya, namun masa yang sentiasa amat mencemburui saya telah membantutkan keinginan saya. Memandangkan peperiksaan tahun akhir yang bakal saya hadapi just around the corner, terpaksalah saya menangguhkan keinginan. Buku memanggil-manggil, al-Quran minta dijaga, matan juga tidak berhenti-henti mendatangkan gusar di hati. Jadi tiada apa yang saya harapkan melainkan kiriman doa dari kalian untuk kejayaan saya di sini. Semoga dikuatkan hati saya dan dilapangkan serta diilhamkan jawapan di waktu imtihan kelak. Tidak dilupakan kepada pelajar-pelajar Maahad Qiraat Shoubra yang lain. Moga kejayaan yang kita impikan sama-sama kita miliki. Amiiin…



Friday, May 14, 2010

Tatkala ustaznya menjadi nabi/rasul


Akhir-akhir ini, seringkali aku bertemu dengan insan-insan tertentu lalu berbicarakan sesuatu. Jika sebelumnya, aku lebih pendiam. Tapi, kini aku kurang lagi bersifat seperti itu.

Aku lebih gemar untuk memulakan bicara apabila ketemu dengan sesiapa sahaja.

Ketika mahu bersolat pun aku berani untuk membuka bicara dengan jama’ah/makmum yang bersebelahan. Aku mengatakan, “Abang, rapatkan lagi saf kita ni. Kita sentuhkan dan rapatkan kaki kita. Jangan biarkan celah antara kita ni kosong.”

Begitulah antara script yang aku mulakan dalam bicara.

Setelah habis solat, abang tu kata, “Kenapa nak rapat-rapat? Tak selesa lah.”

Aku katakan, ada hadis nabi yang memerintahkan kita supaya berbuat begitu. Lalu abang tu pun berkata, “Emm, kalau macam tu, kenapa ustaz-ustaz tak de yang pernah cakap pun hal ni? Saya banyak kali juga solat bersebelahan dengan ustaz-ustaz, tapi diorang tak kata apa pun?”

Aku menjawab, “Emm, kita dalam beragama ni kena ikut Nabi abang. Bukan ikut ustaz. Ustaz tu ada kala tahu, ada kala tak tahu juga. Biasalah abang, kita sama-sama manusia kan... Dia juga bukannya nabi kan? Oh, ye. Kalau abang berminat nak tahu hal ni dengan lebih lanjut, nanti esok kita boleh jumpa lagi, nanti saya bawakkan fakta-fakta tentang saf ni.”

Abang tersebut menganggukkan kepala dan mengucapkan terima kasih.

Begitulah yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita. Tatkala berlaku sesuatu perselisihan dan perbezaan dalam soal agama sahaja, mereka akan mendakwa-dakwi dengan “Eh! Ustaz aku kata macam ni.”

Walaupun kita kata, “Ini ada hadis nabi saudara dalam persoalan ini”, “Tapi kan saudara, Nabi kata bukan macam tu, Nabi kata, macam ni...”

Mereka tetap juga berkata, “Maaflah, saya lebih yakin dengan ustaz yang saya telah belajar dengannya.”

Saya juga bertanya, “Ada dalilnya tak?”

Mereka lantas terdiam, kemudian mengatakan, “Mestilah ada, takkan ustaz saya tak tahu...”

Sungguh mengejutkan, rupa-rupanya sudah ramai nabi-nabi baru yang dilahirkan zaman ini yang mewarisi sifat kemaksuman dan pembawa syari’at yang baru!

Maka, renung-renunglah ayat Allah ini (maksudnya),

“Apa yang diberikan Rasul (Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam) kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah.” (Surah al-Hasyr, 59: 7)



Dicopy dari : sini

Related Posts with Thumbnails