Perkara
pertama yang saya fikir setelah lama tidak menulis di sini; apa yang hendak
saya tulis? Nak copy paste dari blog orang lain? Nak baca blog orang lain dan
buat olahan sendiri selepas itu? Tulis hal peribadi? Tulis bab agama? Sambung cerita
jaulah? Macam-macam lagi yang terlintas dan sampai kini tiada lagi keputusan
yang dibuat. Mungkin buat masa ini saya hanya akan membebel untuk mencari semula
gaya bahasa saya suatu masa dahulu. Maklumlah, cuti lama sangat kan…
Saya
baru sahaja menolak tawaran kerja sebagai guru j-QAF. Saya sepatutnya
ditempatkan di SK Setia Budi, Rengit, Batu Pahat, Johor. Pada mulanya, saya
ingin menerimanya walaupun hati saya agak berat untuk menerima tugasan itu. Namun,
setelah saya berfikir panjang, saya telah menolak tawaran itu. Kini tugasan
saya adalah untuk menulis surat memaklumkan saya menolak jawatan tersebut. Ada sesiapa
yang nak tolong buatkan? Weeeee..
Hidup
memang penuh dengan cabaran. Masalah datang dari pelbagai sudut. Jujurnya, saya
telah melalui 2 minggu yang saya tak ingin ulanginya. Teramat stress, sehingga makan minum pun tidak menentu. Kesannya,
dalam masa 3 minggu, saya Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 6 kg. Tak
perlu susah payah mengeluarkan duit untuk membeli Herbalife, Alpha Lipid dan
lain-lain. Sangat berjaya. :P
Kini,
saya hanya duduk goyang kaki di rumah. Bagaimana agaknya untuk menjana
pendapatan? Saya sedang terfikir untuk membuat kelas tuisyen Bahasa Arab dari
rumah ke rumah. Atau mungkin kelas mengaji. Namun, saya sendiri tak pasti.
Sekian…
