Followers

Tuesday, October 19, 2010

SAYONARA...

Hanya dua minggu lagi! Ya! Memang tinggal dua minggu sahaja lagi. Selepas dua minggu, tamatlah sesi pembelajaranku di sini. Selesailah sudah pahit manis dan 1001 rasa yang telah ku tempuhi di sini. Segalanya  pasti terukir menjadi kenangan manis yang tidak mungkin aku lupakan. 

Tarikh 5 November sememangnya agak cepat. Padahal dulu akulah yang beria-ia hendak balik awal. Sejak sebelum majlis konvokesyen lagi perkataan “Malaysia” seringkalai terpacul dari mulutku. Sering aku menceritakan  pada rakan-rakan betapa aku ingin pulang. Betapa aku sudah merindui keluargaku dan rakan-rakanku.

Namun, setelah tiket dimiliki, segala perasaan itu terpadam. Hilang. Secara tiba-tiba sahaja perasaan tidak sabar digantikan dengan sesalan. Kesedihan turut menyelit. Aku belum bersedia meninggalkan teman-temanku. Aku masih sayangkan suasana di sini. Perasaan tidak ingin pulang tidak henti-henti menyerang diriku. Ingin sahaja aku menangguhkan perjalananku, namun beberapa sebab telah mematahkan hasratku itu. 

Seringkali aku memujuk hatiku. Seringkali aku menguatkan tekadku. Mungkin ada hikmahnya aku pulang awal. Mungkin kepulanganku ini lebih baik dari aku berada di bumi Mesir.  Semoga Allah memberikan yang terbaik untukku dan memberikan kepadaku kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Selepas ini, pastinya aku rindukan sahabat-sahabatku. Terutamanya sahabat dari pantai timur. Entah bila kita akan bersua lagi. Semoga urusan kita semua dipermudahkan…
Related Posts with Thumbnails