Followers

Monday, September 27, 2010

Rumah Terbuka Tingkat 1 RNSK 2010


Alhamdulillah, semalam telah selesai mengadakan rumah terbuka di Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Saya turut menyertai jamuan tersebut bersama-sama rakan-rakan yang lain. Mereka adalah Badrul, Muttaqin, Hafiz, Iylia, Rodhi, Amin, Zulfitri, Fikri, Sahal dan juga Firdaus. Kami bersebelas telah mengadakan jamuan tersebut bermula selepas asar hinggalah jam 10 malam. Jamuan tersebut bolehlah dikatakan agak besar dan meriah. Kehadiran tetamu yang ramai, menu yang banyak, agak meletihkan namun cukup memberikan kepuasan kepada kami. 

Menu kami semalam ialah nasi impit, rendang, kuah kacang, mi soto, laksa dan rojak. Tidak dilupakan juga buah-buahan  dan juga agar-agar. Setiap yang hadir juga kami berikan penanda buku sebagai cenderahati dan tanda terima kasih kami kerana kesudian mereka untuk hadir. Saya ingin meminta maaf di sini kerana penanda buku yang kami sediakan tidak mencukupi untuk semua hadirin. 

Saya yang bertugas sebagai penyambut tetamu pada mulanya agak kekok untuk menjemput para tetamu, maklumlah kerana saya ini agak kurang bercakap. Tetapi mujurlah kewujudan Amin dan Muttaqin bersama-sama sedikit sebanyak mengurangkan kejanggalan saya dan meringankan tugas saya. Terima kasih saya ucapkan.


Itu sahaja untuk entry kali ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan memeriahkan majlis semalam. Tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat yang turut membantu dalam menjayakan program semalam. Semoga acara open house seperti ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.
 


Related Posts with Thumbnails