Alhamdulillah, semalam telah selesai mengadakan rumah terbuka di Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Saya turut menyertai jamuan tersebut bersama-sama rakan-rakan yang lain. Mereka adalah Badrul, Muttaqin, Hafiz, Iylia, Rodhi, Amin, Zulfitri, Fikri, Sahal dan juga Firdaus. Kami bersebelas telah mengadakan jamuan tersebut bermula selepas asar hinggalah jam 10 malam. Jamuan tersebut bolehlah dikatakan agak besar dan meriah. Kehadiran tetamu yang ramai, menu yang banyak, agak meletihkan namun cukup memberikan kepuasan kepada kami.
Menu kami semalam ialah nasi impit, rendang, kuah kacang, mi soto, laksa dan rojak. Tidak dilupakan juga buah-buahan dan juga agar-agar. Setiap yang hadir juga kami berikan penanda buku sebagai cenderahati dan tanda terima kasih kami kerana kesudian mereka untuk hadir. Saya ingin meminta maaf di sini kerana penanda buku yang kami sediakan tidak mencukupi untuk semua hadirin.
Saya yang bertugas sebagai penyambut tetamu pada mulanya agak kekok untuk menjemput para tetamu, maklumlah kerana saya ini agak kurang bercakap. Tetapi mujurlah kewujudan Amin dan Muttaqin bersama-sama sedikit sebanyak mengurangkan kejanggalan saya dan meringankan tugas saya. Terima kasih saya ucapkan.
Itu sahaja untuk entry kali ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan memeriahkan majlis semalam. Tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat yang turut membantu dalam menjayakan program semalam. Semoga acara open house seperti ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.
5 comments:
syukran bg yg menjaye kan open house besar2 an nih..
ape yg penting..
dapat jgk rase air tgn dinie.hihihihihh
salam.wah.meriah,best n menarik.slmt ari raya.wlu dimana brada,kemeriahannya tetap drasai.
salam. dnie, aku suke pengakuan mu tu.
"Saya yang bertugas sebagai penyambut tetamu pada mulanya agak kekok untuk menjemput para tetamu, maklumlah kerana saya ini agak kurang bercakap. Tetapi mujurlah kewujudan Amin dan Muttaqin bersama-sama sedikit sebanyak mengurangkan kejanggalan saya dan meringankan tugas saya. Terima kasih saya ucapkan"
ahahahahaha... sapa bile mu nok malu ngat ha? besor jalo doh tu. pesen ape malu ngat. bila doh kenal mu, baru taw mu jnis riuh gok. kalau time gelak, isk3... sampai Ammu Bahaim sebelah ni tjaga dari tido. xpadan ngn malu2 mu yg sblum tu, hahahaha... be profesional la. be friendly. dah nk balik kje kan? mu kne belajor jgn jadi pemalu dari Amin. Amin pun kate mu ni nampak sombong tahap dewa sblum kenal. tapi, pomalu sobana eh :)
cokelat panas : tq sbb dtg.. nanti aku serang rumah ko plak.. hihi
wafa : hihi.. mmg best pun dpt buat open house besar2 ni.. hihi.. slamat ari raya, maaf zahir batin juga...
apis : nk buat gane..? da mmg gitu pesen aku.. aku ni kan pemalu.. hahaha.. yela2.. nanti aku jd mesra alam mcm mu la.. hihi
wah..otai betul la pak cik dinie ni.
Post a Comment