Followers

Tuesday, July 3, 2012

Sejarah mungkin berulang.....


Sememangnya, saya dah lama sangat tak menulis di sini. Dek kerana kesibukan melampau dan kemalasan tahap dewa ditambah lagi dengan kekeringan idea untuk mencoret menyebabkan blog ini terbiar sepi tanpa dihiasi contengan-contengan baru. Wah, ayat… Hihi.
Sememangnya kita tidak mampu menduga apa yang mampu terjadi dalam kehidupan kita. Kalau saya imbau kembali, sebelum saya berhenti menulis di blog ini (dalam setahun lepas), saya tak akan terduga apa yang terjadi pada hari ini, berlaku pada diri saya. Terlampau banyak peristiwa yang manis dan pahit berlaku secara tak disangka-sangka. Bila dikenang kembali, biarpun pengalaman yang pahit tetap menjadi manis. Semuanya melahirkan senyuman pada wajahku. Hihi.

Antara perkara yang sangat-sangat memberi kesan dalam hidup saya adalah; kini saya menyambung pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia. Baru sahaja selesai peperiksaan untuk semester 2 pada minggu lepas. Selepas ini mulalah mencari tajuk untuk menulis tesis. Ada sesiapa nak bagi cadangan?

Saya juga sedang mencari pekerjaan tetap. Memandangkan tiada lagi kelas yang saya perlu hadiri selepas ini, maka memang inilah waktu yang sesuai untuk saya mencari pekerjaan. Kerana ia adalah langkah wajib untuk saya untuk mencapai tujuan yang lebih besar; memulakan keluarga, a.k.a. berkahwin.. Hehe. 

Rasa-rasanya perkara-perkara yang banyak mengubah kehidupan saya, semuanya berlaku selepas saya meninggalkan bumi Darul Quran. Saya terpaksa berhenti mengajar di sana memandangkan jadual belajar di UKM bertembung dengan jadual mengajar di DQ. Memang terasa berat sangat hati meninggalkan mereka, tetapi saya bersyukur, tugas saya diganti oleh ustaz yang jauh lebih baik dari saya. Dan hasil didikan ustaz tersebut memang betul-betul membuatkan saya ras gembira. Alhamdulillah…

Kini, perkara yang lalu memang akan terus terpahat dalam memori. Segalanya acapkali melukiskan senyuman di bibirku. Aku akan terus tersenyum dan tersenyum, di samping mengatur langkah untuk mencorak masa hadapanku. Agar kelak senyuman ini kan terus terlakar. Hehe.
Related Posts with Thumbnails