Sememangnya, saya dah
lama sangat tak menulis di sini. Dek kerana kesibukan melampau dan kemalasan
tahap dewa ditambah lagi dengan kekeringan idea untuk mencoret menyebabkan blog
ini terbiar sepi tanpa dihiasi contengan-contengan baru. Wah, ayat… Hihi.
Sememangnya kita tidak
mampu menduga apa yang mampu terjadi dalam kehidupan kita. Kalau saya imbau
kembali, sebelum saya berhenti menulis di blog ini (dalam setahun lepas), saya
tak akan terduga apa yang terjadi pada hari ini, berlaku pada diri saya. Terlampau
banyak peristiwa yang manis dan pahit berlaku secara tak disangka-sangka. Bila dikenang
kembali, biarpun pengalaman yang pahit tetap menjadi manis. Semuanya melahirkan
senyuman pada wajahku. Hihi.
Antara perkara yang
sangat-sangat memberi kesan dalam hidup saya adalah; kini saya menyambung
pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia. Baru sahaja selesai
peperiksaan untuk semester 2 pada minggu lepas. Selepas ini mulalah mencari
tajuk untuk menulis tesis. Ada sesiapa nak bagi cadangan?
Saya juga sedang mencari
pekerjaan tetap. Memandangkan tiada lagi kelas yang saya perlu hadiri selepas
ini, maka memang inilah waktu yang sesuai untuk saya mencari pekerjaan. Kerana ia
adalah langkah wajib untuk saya untuk mencapai tujuan yang lebih besar;
memulakan keluarga, a.k.a. berkahwin.. Hehe.
Rasa-rasanya perkara-perkara
yang banyak mengubah kehidupan saya, semuanya berlaku selepas saya meninggalkan
bumi Darul Quran. Saya terpaksa berhenti mengajar di sana memandangkan jadual
belajar di UKM bertembung dengan jadual mengajar di DQ. Memang terasa berat
sangat hati meninggalkan mereka, tetapi saya bersyukur, tugas saya diganti oleh
ustaz yang jauh lebih baik dari saya. Dan hasil didikan ustaz tersebut memang
betul-betul membuatkan saya ras gembira. Alhamdulillah…
Kini, perkara yang lalu
memang akan terus terpahat dalam memori. Segalanya acapkali melukiskan senyuman
di bibirku. Aku akan terus tersenyum dan tersenyum, di samping mengatur langkah
untuk mencorak masa hadapanku. Agar kelak senyuman ini kan terus terlakar. Hehe.
1 comment:
Salam, wah abang ! sekarang kat UKM? Alhamdulillah. :) terus aktif berblog. he he
Post a Comment