Kalau diikutkan hati,
memang banyak sungguh benda yang nak ditulis. Dah setahun tak menulis kat sini
kan, jadi memang banyak betul perkara yang dah berlaku. Yang sedih, yang happy,
yang buat aku jadi bingung, jadi stress, n macam-macam lagi la.
By the way, sebelum saya
membebel panjang-panjang, selamat tahun baru ye. Pastikan tahun ini lagi baik
dari yang sudah-sudah. Azam saya? Saya nak kumpul RM 50,000. Tapi saya masih
belum bekerja. Macam mana tu ye? Apa-apa pun, saya akan pastikan saya mampu
kumpul duit macam tu. Rezeki ada di mana-mana.
Saya amat bersyukur
buat masa ini, kerana begitu banyak perkara yang berlaku, kawan-kawan masih ada
menyokong di belakang. Saat susah, senang mereka sentiasa ada. Terima kasih
diucapkan. Jasa kalian, hanya tuhan yang mampu membalas.
Mungkin selepas ini,
saya akan kembali aktif berblogging. Cuma saya tidak begitu bijak untuk
membuatkan isi blog ini menjadi lebih menarik. Tambahan pula sudah begitu lama
tidak menulis di sini, jadi saya agak bingung bagaimana untuk memulakan
penulisan.
Apa-apapun, terima
kasih kepada yang sudi membaca, atau yang sekadar melawat meninggalkan jejak. :)
No comments:
Post a Comment