Bila ditanya tentang isu baru, sudah tentulah anak muda zaman sekarang asyik bercerita tentang amanat Haji Hadi. Di televisyen, dada akhbar, malah tidak terkecuali wall facebook masing-masing mencanang pendirian mereka di situ. ada pro dan kontranya. Saya? Sejujurnya, rakan-rakan saya memang mengenali saya sebagai seorang yang tidak suka bercerita tentang politik. Bukan tidak mengambil peduli, Cuma saya tidak suka menyatakan pendirian saya di depan umum. Pilihan saya, biarlah saya sendiri yang mengetahuinya. Lagipun, bukankah undi itu adalah rahsia? =P
Saya selalu tertanya-tanya, bilakah
tarikh untuk pilihanraya umum ke-13. Lama sudah saya menunggu. Tak sabar
rasanya nak mencampak kertas undi buat pertama kali. Kawasan saya di Lembah
Pantai. Kawasan yang menyaksikan kemenangan Nurul Izzah ke atas Datuk Seri
Shahrizat. Namun, pada waktu itu saya tidak berkesempatan untuk mengundi,
walaupun saya telah cukup umur atas dua sebab. Yang pertama, saya tiada di
Malaysia pada waktu itu kerana masih belajar di Mesir. Dan yang kedua, pada
waktu itu saya masih belum mendaftar.
Cerita tentang pendaftaran pengundi
ini, saya sering merasa hairan terhadap beberapa rakan saya. Mereka sibuk
mencanang kepincangan parti itu, kelemahan wakil rakyat dan sebagainya. Namun,
mereka masih belum mendaftar. Apa faedahnya mereka sibuk mencanang semua itu?
Akhir kata, laksanakan kewajipan
anda sebagai rakyat Malaysia. Daftarlah sebagai pengundi. Anda perlu memilih
pemimpin anda. Pilihan terletak di tangan anda.
p/s : Sebenarnya, pada awal
penulisan, saya ingin menulis tentang amanat Hadi, tetapi akhirnya membebel je
lebih.
3 comments:
Akhirnya...
Cakna jugak ustaz tentang benda-benda ni..hehe...Teringat masa ustaz kat DQ dulu macam mana.. ^_^ Alhamdulillah...
"Semoga Allah memberkati segala perlakuan kita dan memberi kemenangan yang segera kepada mereka yang benar nanti...Aminn.."
Walau ape pun, never mention tentang politik dalam kelas.. :D
woot woot..
tumpang lalu..
jom ngundi 5 mei ni ustaz..
Post a Comment