Followers

Saturday, January 5, 2013

PRU-13?




Bila ditanya tentang isu baru, sudah tentulah anak muda zaman sekarang asyik bercerita tentang amanat Haji Hadi. Di televisyen, dada akhbar, malah tidak terkecuali wall facebook masing-masing mencanang pendirian mereka di situ. ada pro dan kontranya. Saya? Sejujurnya, rakan-rakan saya memang mengenali saya sebagai seorang yang tidak suka bercerita tentang politik. Bukan tidak mengambil peduli, Cuma saya tidak suka menyatakan pendirian saya di depan umum. Pilihan saya, biarlah saya sendiri yang mengetahuinya. Lagipun, bukankah undi itu adalah rahsia? =P

Saya selalu tertanya-tanya, bilakah tarikh untuk pilihanraya umum ke-13. Lama sudah saya menunggu. Tak sabar rasanya nak mencampak kertas undi buat pertama kali. Kawasan saya di Lembah Pantai. Kawasan yang menyaksikan kemenangan Nurul Izzah ke atas Datuk Seri Shahrizat. Namun, pada waktu itu saya tidak berkesempatan untuk mengundi, walaupun saya telah cukup umur atas dua sebab. Yang pertama, saya tiada di Malaysia pada waktu itu kerana masih belajar di Mesir. Dan yang kedua, pada waktu itu saya masih belum mendaftar.

Cerita tentang pendaftaran pengundi ini, saya sering merasa hairan terhadap beberapa rakan saya. Mereka sibuk mencanang kepincangan parti itu, kelemahan wakil rakyat dan sebagainya. Namun, mereka masih belum mendaftar. Apa faedahnya mereka sibuk mencanang semua itu?

Akhir kata, laksanakan kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia. Daftarlah sebagai pengundi. Anda perlu memilih pemimpin anda. Pilihan terletak di tangan anda.

p/s : Sebenarnya, pada awal penulisan, saya ingin menulis tentang amanat Hadi, tetapi akhirnya membebel je lebih.

3 comments:

Amirul Azmeer Asmadi said...

Akhirnya...

Cakna jugak ustaz tentang benda-benda ni..hehe...Teringat masa ustaz kat DQ dulu macam mana.. ^_^ Alhamdulillah...

"Semoga Allah memberkati segala perlakuan kita dan memberi kemenangan yang segera kepada mereka yang benar nanti...Aminn.."

Ahmad Nordinie said...

Walau ape pun, never mention tentang politik dalam kelas.. :D

Unknown said...

woot woot..
tumpang lalu..
jom ngundi 5 mei ni ustaz..

Related Posts with Thumbnails