Terkadang hidup ini dirasakan
indah. Perancangan menjadi kenyataan. Yang dihajati menjadi realiti. Namun ada
jua ketikanya hidup ini dirasakan serba tidak kena. Apa sahaja perancangan
tidak menjadi. Angan-angan kekal menjadi mimpi. Begitulah kitaran hidup ini. Ibarat mega yang megah
berarak. Ia tidak selalu cerah, namun tidak jua berterusan mendung.
Maka, selaku manusia yang
dikurniakan akal, selaku manusia yang dianugerahkan keistimewaan sebagai
khilafah, tidak pantas bagi kita mudah berputus asa. Amat tidak wajar bagi seorang
insan berasa kecewa dengan hidupnya lantaran masalah yang dating menimpa. Ketahuilah,
Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan sesuatu yang mampu ia
tanggung. Walau sesukar mana kehidupan kita, walau seteruk mana dugaan yang
melanda, kita bukanlah insan termalang di dunia. Rahmat Allah itu maha luas. Sesudah
hujan yang lebat, pasti mentari kan menjengah.
Jadi, stay positive!
No comments:
Post a Comment