Followers

Sunday, May 30, 2010

Kuatkan hatiku..

Di keheningan malam, tetiba terdetik di hati untuk melahirkan sebuah entry baru di dalam blog. Memandangkan hit yang agak tinggi dua tiga hari ini, membuatkan saya tertanya-tanya apakah puncanya. Maklumlah, kebiasaannya blog saya untuk mendapat 10 hit pun agak sukar, apatah lagi apabila secara tiba-tiba bilangan pengunjung mendadak naik mencecah 50. Memang sukar untuk diterima akal.



Ditambah lagi dengan saranan rakan-rakan yang menyuruh saya menghasilkan entri berdasarkan kreativiti sendiri dan berhenti meng’copy-paste’ kan entry blog lain, membuatkan saya mula bersemangat untuk menulis. Walaupun saya ini bukanlah pandai sangat menulis tetapi saya sentiasa ingat, “Practice makes perfect”. Saya juga mengingatkan diri saya dengan satu pepatah arab yang sering diulang-ulang oleh seorang sahabat saya yang bermaksud “Segala perkara pada permulaannya susah”.



Walaupun semangat telah timbul dari dalam diri saya, namun masa yang sentiasa amat mencemburui saya telah membantutkan keinginan saya. Memandangkan peperiksaan tahun akhir yang bakal saya hadapi just around the corner, terpaksalah saya menangguhkan keinginan. Buku memanggil-manggil, al-Quran minta dijaga, matan juga tidak berhenti-henti mendatangkan gusar di hati. Jadi tiada apa yang saya harapkan melainkan kiriman doa dari kalian untuk kejayaan saya di sini. Semoga dikuatkan hati saya dan dilapangkan serta diilhamkan jawapan di waktu imtihan kelak. Tidak dilupakan kepada pelajar-pelajar Maahad Qiraat Shoubra yang lain. Moga kejayaan yang kita impikan sama-sama kita miliki. Amiiin…



4 comments:

ashrafi said...

Assalamu'alaikum..

Pendapat saya, teruskan menulis dan berani mencuba. Lebihkan pemerhatian tentang persekitaran, selain jangan lupakan pembacaan, dalam menambahkan lagi ilmu penulisan. Insha Allah ada banyak iktibar yang dapat kita ambil dan manfaatkan untuk disebarkan kepada semua pembaca..

semoga dipermudahkan segala urusan.

wallahu a'lam..

Ahmad Nordinie said...

Terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar..
Jazakallahu Khaira

akuvision said...

benar bak kata saudara ashrafi tu, teruskan menulis dan memcuba, cari identiti sendiri pasti kamu akan temui. Selamat berjaya dengan peperiksaan nanti

extraordinarydesign said...

keep it up bro..
never stop writing...
people will read and learn something..

Related Posts with Thumbnails