Followers

Wednesday, November 20, 2013

TO ALL MY FELLOW STUDENTS

My students are my sons and daughters. I loved them once, I love them still and I always will.

Sunday, November 17, 2013

PERJALANANKU BERMULA

Jam menunjukkan pukul 9.45 pagi. Aku yang sedang enak menikmati roti canai dan kopi o yang merupakan rutin harianku setiap pagi tiba-tiba tersentak dengan sebuah panggilan.

“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam, Ustaz kena pergi iring lawatan budak-budak kelas 2F tu. Bas dah sampai. 10.30 kita jalan. Salam”

Mahu tak mahu, arahan perlu dipatuhi. Aku segera menyelesaikan bayaran dan terpaksa meninggalkan kawan-kawanku yang sedang makan bersama tadi. Aku kembali ke maktab menyelesaikan urusan dengan pentadbiran seterusnya terus pulang ke rumah untuk ‘packing’ pakaian. Satu masalah timbul apabila aku tiada langsung pakaian yang bersih untuk dibawa. 3 minggu berturut-turut keringatku dikerah untuk bekerja 7 hari seminggu. Tiada kesempatan untuk membasuh baju. Akhirnya aku hanya mencapai pakaian yang aku yakin tidak terkena najis. Baju yang dipakai pun tidak sempat untuk disalin menyebabkan akulah satu-satunya mannusia di atas bas itu yang mengenakan kemeja dan slack siap dengan ‘tight-in’.

Bas yang dijadualkan bertolak jam 10.30 pagi itu bergerak lewat mungkin kerana kelewatanku. Namun, syukur kepada Allah, bas itu jalan juga akhirnya jam 11.30 pagi. Guru pengiring seramai 3 orang dan peserta lawatan seramai 23 orang. Bas memulakan perjalanan menuju ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur. Aku duduk di sebelah seorang pelajar memandangkan aku tidak mahu duduk di barisan hadapan. Ini memudahkan aku untuk melelapkan mata kerana sememangnya aku tersangat letih pada waktu itu.

Aku yang tiada informasi berkenaan lawatan tersebut bertanya kepada seorang pelajar tentang destinasi pertama yang akan dituju. Ternyata destinasi itu membuatku terkejut dan teruja..


Bersambung.. 
Related Posts with Thumbnails