Jam menunjukkan pukul 9.45 pagi. Aku
yang sedang enak menikmati roti canai dan kopi o yang merupakan rutin harianku
setiap pagi tiba-tiba tersentak dengan sebuah panggilan.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam, Ustaz kena
pergi iring lawatan budak-budak kelas 2F tu. Bas dah sampai. 10.30 kita jalan. Salam”
Mahu tak mahu, arahan perlu
dipatuhi. Aku segera menyelesaikan bayaran dan terpaksa meninggalkan
kawan-kawanku yang sedang makan bersama tadi. Aku kembali ke maktab
menyelesaikan urusan dengan pentadbiran seterusnya terus pulang ke rumah untuk ‘packing’
pakaian. Satu masalah timbul apabila aku tiada langsung pakaian yang bersih
untuk dibawa. 3 minggu berturut-turut keringatku dikerah untuk bekerja 7 hari
seminggu. Tiada kesempatan untuk membasuh baju. Akhirnya aku hanya mencapai pakaian
yang aku yakin tidak terkena najis. Baju yang dipakai pun tidak sempat untuk
disalin menyebabkan akulah satu-satunya mannusia di atas bas itu yang
mengenakan kemeja dan slack siap dengan ‘tight-in’.
Bas yang dijadualkan bertolak jam
10.30 pagi itu bergerak lewat mungkin kerana kelewatanku. Namun, syukur kepada
Allah, bas itu jalan juga akhirnya jam 11.30 pagi. Guru pengiring seramai 3
orang dan peserta lawatan seramai 23 orang. Bas memulakan perjalanan menuju ke
Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur. Aku duduk di sebelah seorang
pelajar memandangkan aku tidak mahu duduk di barisan hadapan. Ini memudahkan
aku untuk melelapkan mata kerana sememangnya aku tersangat letih pada waktu
itu.
Aku yang tiada informasi
berkenaan lawatan tersebut bertanya kepada seorang pelajar tentang destinasi
pertama yang akan dituju. Ternyata destinasi itu membuatku terkejut dan
teruja..
Bersambung..
No comments:
Post a Comment