Alhamdulillah, pada 14 Februari yang baru ini telah berlangsunglah majlis perkahwinan abang saya yang sulung di Johol, Negeri Sembilan. Ketibaan 25 buah kereta dari pihak lelaki memang lebih dari cukup untuk menyesakkan tempat itu. 25 buah kereta! Memang jumlah yang agak banyak. Kami bergerak dari Kuala Lumpur seawal jam lapan pagi. Khidmat saya untuk membawa kereta pada pagi itu memang amat diperlukan walaupun saya baru sahaja tiba dari Mesir satu hari sebelumnya. Memang agak meletihkan dan membimbangkan saya maklumlah saya tidakmemandu kereta di Mesir.
Kami tiba di rumah pengantin perempuan sekitar jam 11 pagi. Ketibaan kami mungkin agak lewat sedikit memandangkan pak imam telah pun berada di dalam rumah tersebut. Kelihatan juga Undang Luak Johol di dalam rumah tersebut. Tanpa melengahkan masa, upacara terus dimulakan. Imam mulai memberikan sedikit tazkirah sebagai peringatan kepada pengantin untuk mengharungi hidup yang baru selepas ini.
Setelah berlalu setengah jam, maka berlangsunglah majlis akad nikah. Dengan sekali lafaz, sempurnalah sudah akad tersebut. Walaupun abang saya memberitahu dia agak gugup, namun pada penglihatan saya dia agak lancar menjawab akad tersebut. Berlatih sepanjang malam agaknya. Hehe. Upacara menyarung cicncin agak tergesa-gesa dilakukan kerana Undang Luak Johol telah menuju ke meja makan…..
Insya-Allah, majlis di rumah pengantin lelaki akan diadakan pada 27 Februari 2009 bertempat di Dewan Masjid Abdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong. Dijemput semua untuk hadir jika berkesempatan. Pada majlis tersebut, akan ada dua pasangan pengantin, iaitu abang sulung saya dan abang yang kedua bersama pasangan masing-masing. Saya mengharapkan majlis tersebut berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Setelah melihat dua orang abang saya berkahwin, saya agak tertarik melihat pasangan pengantin baru. Terasa tidak sabar pula untuk menunggu giliran saya. Tapi, masalahnya calon masih lagi tidak ku temui walaupun mak dan abah dah bertanya. Huhu.
Dan buat abang-abangku dan kakak-kakak iparku:
بارك الله لكم وبارك عليكم وجمع بينكم بخير
Sekian…
No comments:
Post a Comment