Followers

Wednesday, February 10, 2010

What The....??!!

Pada hari ini, 10 Februari, saya sepatutnya telah menaiki penerbangan ke Malaysia. Namun, oleh sebab-sebab tertentu yang saya sendiri pun kurang memahaminya telah menyebabkan saya tidak dapat menaiki penberbangan tersebut. Saya terpaksa membeli tiket yang baru untuk pulang ke Malaysia pada hari sabtu ini.

Saya sampai ke Terminal 3 Cairo International Airport sekitar jam 10 suku malam waktu Mesir. Saya sudah menjangkakan yang saya akan menghadapi masalah kerana pada tahun lepas saya menghadapi masalah yang sama. FYI, saya menggunakan tiket ZED (nak tau lebih lanjut, better u all google for it la..) Tiket ini merupakan open ticket yang mana validitynya selama 3 bulan. Maknanya, walaupun tarikh pada tiket tersebut 2 Februari, saya masih boleh menaiki penerbangan tersebut sebelum 2 Mei. Namun tidak pula semalam.

Apabila saya pergi ke pejabat Egypt Air semalam yang terletak di lapangan terbang tersebut, saya amat berterima kasih dengan pekerjanya yang agak mesra pelanggan apabila mereka menolong saya sehinggalah ke akhirnya. Namun apa yang menyedihkan dan menyakitkan hati saya apabila customer service Egypt Air(FYI, customer service dan pejabat Egypt Air adalah dua tempat yang berbeza di dalam lapangan terbang tersebut)yang dengan sesuka hatinya melayan saya dengan teruk di samping meninggikan suara sambil memarahi saya. Bukankah sepatutnya saya yang marah?

Apabila saya bertanyakan kepadanya mengapakah saya tidak boleh menaiki kapal terbang tersebut, sedangkan pada tahun lepas saya boleh menaikinya, dia mengatakan ada peraturan baru. Namun, setelah saya menghubungi abang saya di Malaysia dan dia menyatakan tiada peraturan yang dikatakan, pekerja tersebut mulai naik angin dan memarahi saya. Dengan kasarnya dia berkata “This is not customer service’s problem,it is between you and MAS”. Dan mengherdik saya dengan berkata “The only way you can travel now is you buy another ticket or ask MAS to change this ticket for you”.

Saya memang agak marah dengan customer service tersebut dan agak terkilan dengan caranya melayan saya. Sudahlah sebutan englishnya agak sukar difahami, kemudian melayan saya dengan kasar. Mungkin kerana kedatangan saya ke kaunter tersebut mengganggu perbualan rancak dia dan rakannya. Malah saya agak pelik apabila dia tidak membenarkan saya mengikutinya ke kaunter tiket untuk mengesahkan validity tiket saya. Saya hendak mengadu tapi tidak tahu kepada siapa.

Tapi, walau apapun, insyaAllah saya akan pulang ke Malaysia pada 13 haribulan ini. Semoga saya tidak akan menghadapi masalah tersebut skali lagi…

No comments:

Related Posts with Thumbnails