Followers

Tuesday, August 24, 2010

Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang fadhilat ramadan



Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan
Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya : 

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 

  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath  Bukhari, Muslim& Nasaaei.


2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi


3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

  "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi


5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : 

  "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

wallahua'lam 

Monday, August 16, 2010

Masa untuk melancong!! (Jaulah Part 13)

Pagi itu memang kami sudah merancang untuk berjalan-jalan dan melancong sekitar kota Istanbul. Memang banyak destinasi pelancongan sekitar hostel  kami. Kami mula melangkah keluar dari hostel pada awal pagi menuju ke Masjid Biru yang terletak berhampiran.
Setibanya kami di Masjid Biru, saya sangat teruja untuk melihat seni binanya dari dalam. Maklumlah, keindahan ciptaannya memang sudah diperkatakan dari dulu, namun saya tidak pernah melihat kepada hiasan dalamannya. Saya melangkah masuk dengan pantas dan menjejakkan kaki ke atas karpetnya yang bewarna merah. Pelancong yang ramai sedikit menjengkelkan hati saya namun saya tidak mempedulikan sangat perkara itu. Terdapat beberapa orang yang sedang khusyuk menadah tangan berdoa malah terdapat juga yang sedang bersembahyang. Mereka seolah-olah tidak menyedari kehadiran pelancong yang ramai pada waktu itu.
 
Selesai bergambar dengan bermacam-macam gaya, kami mengorak langkah menuju ke destinasi seterusnya; Hagia Sophia ataupun sebutan dalam Bahas Turkinya – Aya Sofya. Bangunan ini asalnya merupakan sebuah gereja, namun setelah penaklukan Islam ke atas kota Kostantinopel pada tahun 1453 pada zaman Sultan Mehmed II, ia diubah menjadi masjid. Segala ukiran, gambar-gambar dan patung-patung yang terdapat di dalam gereja tersebut telah dicat atau dihapuskan. Lambang salib yang terdapat pada atas kubah juga telah diganti dengan bulan sabit dan bintang. Namun pada tahun 1937, pemimpin Turki pada waktu itu, Mustafa Kamal Ataturk telah mengubah bangunan itu menjadi sebuah muzium. Beberapa bahagian dari kawasan atap Hagia Sophia telah dikikis sehingga ternampaklah kembali ukiran-ukiran Kristian yang sebelum ini telah ditutup dengan cat.

Oh ya! Sebelum saya terlupa, di dalam Hagia Sophia juga terdapat satu tiang yang terdapat lubang padanya. Dikatakan sesiapa yang memasukkan ibu jari dan kemudian memusingkannya mengikut arah jam, dia akan mendapat apa yang dihajati. Saya juga mencubanya, tetapi tanpa I’tiqad dalam hati saya yang tiang tersebut dapat mengabulkan hajat saya. Saya hanya meletakkan jari saya untuk bergambar. Tidak lebih dari itu. Harus diingat, jika kita percaya kepada mitos tersebut, ditakuti kita telah mensyirikkan Allah.

Kami seterusnya menaiki tangga ke tingkat atas. Dari sini, kita boleh melihat hiasan-hiasan dengan lebih jelas. Terdapat kaligrafi Allah dan Muhammad. Tetapi, seperti yang saya katakana sebelum ini, oleh kerana cat yang menutupi hiasan gereja sebelum itu telah dibongkar, maka kita dapat melihat gambar-gambar yang menggambarkan agama kristian di antara kedua kaligrafi tersebut. Terdapat juga banyak hiasan lain di dalam bangunan tersebut. Pendek kata, saya rasa tidak rugi saya membayar TL 20 (RM 40) untuk menjejakkan kaki ke dalam salah satu bangunan ajaib di dunia itu.

Friday, August 13, 2010

New Month, New Idea!


Rasanya memang sudah lama saya tidak menulis. Ketandusan idea ditambah dengan Ramadan di musim panas memang membantutkan semangat saya untuk menulis. Kekadang saya terasa amat rindu untuk mencoret sesuatu di dinding blog saya, walaupun pembacanya tidaklah seramai mana. Malah, saya sedar mungkin tiada pembaca langsung untuk beberapa entry yang pernah saya postkan sebelum ini.
Tetapi kini, saya rasa saya mampu untuk tersenyum sedikit. Kerana saya sudah mendapat idea apakah yang saya harus tulis. Malahan saya rasa ia dapat menyelamatkan blog saya untuk masa sebulan. Hihi. Saya memutuskan untuk menyambung kembali cerita yang terbengkalai sebelum ini. cerita tentang pelancongan saya ke Turki dan negara-negara sekitarnya. Bagi sesiapa yang hendak membacanya, anda boleh klik sini. Pedulikan sahaja ada yang membacanya atau tidak. Blog aku, suka hati aku lah. Ada aku kisah?? Haha.
Oh ye, sebenarnya saya rasa belum agak terlambat untuk mengucapkan Ramadan Kareeem. Selamat berpuasa dan semoga ibadah puasa tahun ini akan menjadi ibadah puasa kita yang terbaik. Lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Semoga kita dapat melepasi segala dugaan yang muncul di hadapan kita sepanjang bulan ini. Perlu diingat, kita semua adalah hamba Allah dan bukannya hamba Ramadan. Jadi diharapkan segala amalan yang kita lakukan di bulan ini dapat diteruskan sehingga bulan-bulan seterusnya.
Sekian. Apa yang baik datangnya dari Allah, dan apa yang buruk terhasil dari kelemahan diri saya sendiri. Namun hakikatnya, segala sesuatu itu telah ditentukan oleh Allah dan semuanya terdapat hikmah dan pengajaran. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mengambil pengajaran.

Sunday, August 8, 2010

Adik cuma tanye je ibu!

Apa salah anak ini? Kenapa mereka harus diperlakukan sebegitu? Apa dosa mereka? Adakah mereka tidak layak hidup di dunia? Adakah mereka yang bersalah di atas kelahiran mereka? Kasihanilah mereka. Janganlah mereka diperlakukan sedemikian. Mereka juga manusia seperti kita. Apakah kita tega melihat mereka dihurung semut? Sanggupkah kita mendengar tangisan mereka minta diberi belas kasihan? Sungguh aku tidak mengerti mengapa manusia berhati binatang. Sedangkan binatang pun sayangkan anaknya... Sama-samalah renungkan..

Wednesday, August 4, 2010

"Dan amat sedikit dari hamba-hambaku yang bersyukur"


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Tuesday, August 3, 2010

AKU INGIN PULANG!!

Lama rasanya tidak menulis di sini. Banyak isu yang ingin dibicarakan, namun kenapa hati ini seolah-olah tertutup untuk menulis. Mungkin kerana sudah terhenti seketika sebelum ini, memudarkan semangat untuk menulis lagi. Bukanlah saya ini seorang yang rajin menulis malahan penulisan saya tidaklah semantap mana. Cuma, saya sentiasa berharap agar skill penulisan saya dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Bukankah practice makes perfect?

Kini, ramai lepasan Maahad Qiraat Shoubra sudah mula memulakan langkah meninggalkan bumi Mesir ini. Malah, ada yang sudah lama pulang dan kini selesa bersama keluarga masing-masing. Kekadang bila melihat seorang demi seorang melangkah pergi, terasa juga ingin pulang ke Malaysia. Terasa rindu ingin menjamah makanan Malaysia. Namun apakan daya, masa masih lagi belum mengizinkan. Kesempatan masih lagi belum dimiliki.

Sepanjang tiga tahun saya menetap di sini, saya rasakan duduk di Mesir ini agak menarik juga. Pelbagai pengalaman baru yang telah saya perolehi, begitu juga ramai kenalan baru di sini. Cuma yang agak menjengkelkan adalah perangai masyarakat Mesir. Bukanlah kesemua mereka menyakitkan hati, namun kebanyakan dari mereka agak menguji kesabaran diri sendiri.

Mesir terkenal dengan Sungai Nil. Sungai itu terletak sangat berhampiran dengan rumah saya. Sesekali bila saya tertekan, di situlah tempat saya meredakan tekanan. Di situlah saya meluah perasaan. Di situ jugalah saya menghabiskan masa. Seingat saya, adalah juga 2,3 kali saya berbuat demikian.

Saya amat yakin yang saya akan merindukan suasana di Mesir selepas saya pulang. Saya pasti teringin untuk ke sini lagi namun entah bila masa itu akan tiba. Biarlah saya terus dengan harapan tersebut.

p/s : Saya pulang ke Malaysia mungkin pada pertengahan November, lambat lagi sebenarnya. :p

Related Posts with Thumbnails