Pagi itu memang kami sudah merancang untuk berjalan-jalan dan melancong sekitar kota Istanbul. Memang banyak destinasi pelancongan sekitar hostel kami. Kami mula melangkah keluar dari hostel pada awal pagi menuju ke Masjid Biru yang terletak berhampiran.
Setibanya kami di Masjid Biru, saya sangat teruja untuk melihat seni binanya dari dalam. Maklumlah, keindahan ciptaannya memang sudah diperkatakan dari dulu, namun saya tidak pernah melihat kepada hiasan dalamannya. Saya melangkah masuk dengan pantas dan menjejakkan kaki ke atas karpetnya yang bewarna merah. Pelancong yang ramai sedikit menjengkelkan hati saya namun saya tidak mempedulikan sangat perkara itu. Terdapat beberapa orang yang sedang khusyuk menadah tangan berdoa malah terdapat juga yang sedang bersembahyang. Mereka seolah-olah tidak menyedari kehadiran pelancong yang ramai pada waktu itu.
Selesai bergambar dengan bermacam-macam gaya, kami mengorak langkah menuju ke destinasi seterusnya; Hagia Sophia ataupun sebutan dalam Bahas Turkinya – Aya Sofya. Bangunan ini asalnya merupakan sebuah gereja, namun setelah penaklukan Islam ke atas kota Kostantinopel pada tahun 1453 pada zaman Sultan Mehmed II, ia diubah menjadi masjid. Segala ukiran, gambar-gambar dan patung-patung yang terdapat di dalam gereja tersebut telah dicat atau dihapuskan. Lambang salib yang terdapat pada atas kubah juga telah diganti dengan bulan sabit dan bintang. Namun pada tahun 1937, pemimpin Turki pada waktu itu, Mustafa Kamal Ataturk telah mengubah bangunan itu menjadi sebuah muzium. Beberapa bahagian dari kawasan atap Hagia Sophia telah dikikis sehingga ternampaklah kembali ukiran-ukiran Kristian yang sebelum ini telah ditutup dengan cat.
Oh ya! Sebelum saya terlupa, di dalam Hagia Sophia juga terdapat satu tiang yang terdapat lubang padanya. Dikatakan sesiapa yang memasukkan ibu jari dan kemudian memusingkannya mengikut arah jam, dia akan mendapat apa yang dihajati. Saya juga mencubanya, tetapi tanpa I’tiqad dalam hati saya yang tiang tersebut dapat mengabulkan hajat saya. Saya hanya meletakkan jari saya untuk bergambar. Tidak lebih dari itu. Harus diingat, jika kita percaya kepada mitos tersebut, ditakuti kita telah mensyirikkan Allah.
Kami seterusnya menaiki tangga ke tingkat atas. Dari sini, kita boleh melihat hiasan-hiasan dengan lebih jelas. Terdapat kaligrafi Allah dan Muhammad. Tetapi, seperti yang saya katakana sebelum ini, oleh kerana cat yang menutupi hiasan gereja sebelum itu telah dibongkar, maka kita dapat melihat gambar-gambar yang menggambarkan agama kristian di antara kedua kaligrafi tersebut. Terdapat juga banyak hiasan lain di dalam bangunan tersebut. Pendek kata, saya rasa tidak rugi saya membayar TL 20 (RM 40) untuk menjejakkan kaki ke dalam salah satu bangunan ajaib di dunia itu.
1 comment:
baru td jumpa kawan2 lama.reunion la konon.
balik dari mesir.
dapat la gak segenih.
haha.
kire jadik r tuh.
ade kenangan gitu.
macam2 gak die bagi.
wee~
Post a Comment