Rasanya memang sudah lama saya tidak menulis. Ketandusan idea ditambah dengan Ramadan di musim panas memang membantutkan semangat saya untuk menulis. Kekadang saya terasa amat rindu untuk mencoret sesuatu di dinding blog saya, walaupun pembacanya tidaklah seramai mana. Malah, saya sedar mungkin tiada pembaca langsung untuk beberapa entry yang pernah saya postkan sebelum ini.
Tetapi kini, saya rasa saya mampu untuk tersenyum sedikit. Kerana saya sudah mendapat idea apakah yang saya harus tulis. Malahan saya rasa ia dapat menyelamatkan blog saya untuk masa sebulan. Hihi. Saya memutuskan untuk menyambung kembali cerita yang terbengkalai sebelum ini. cerita tentang pelancongan saya ke Turki dan negara-negara sekitarnya. Bagi sesiapa yang hendak membacanya, anda boleh klik sini. Pedulikan sahaja ada yang membacanya atau tidak. Blog aku, suka hati aku lah. Ada aku kisah?? Haha.
Oh ye, sebenarnya saya rasa belum agak terlambat untuk mengucapkan Ramadan Kareeem. Selamat berpuasa dan semoga ibadah puasa tahun ini akan menjadi ibadah puasa kita yang terbaik. Lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Semoga kita dapat melepasi segala dugaan yang muncul di hadapan kita sepanjang bulan ini. Perlu diingat, kita semua adalah hamba Allah dan bukannya hamba Ramadan. Jadi diharapkan segala amalan yang kita lakukan di bulan ini dapat diteruskan sehingga bulan-bulan seterusnya.
Sekian. Apa yang baik datangnya dari Allah, dan apa yang buruk terhasil dari kelemahan diri saya sendiri. Namun hakikatnya, segala sesuatu itu telah ditentukan oleh Allah dan semuanya terdapat hikmah dan pengajaran. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mengambil pengajaran.
2 comments:
wah seronok nyer.dah lama nantikan..hahaha
thumbs up!
dinie go =)
Post a Comment