Followers

Friday, November 5, 2010

TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA


Pada saat entry ini ke udara, saya sudahpun berada di dalam flight. Dalam perjalanan ke Abu Dhabi untuk pulang ke Malaysia. Meninggalkan bumi Mesir yang telah memberikan 1001 kenangan pahit manis kepada saya. Saya akan meninggalkan rakan-rakan untuk Malaysia. Bukan saya membuang mereka, namun ketahuilah perpisahan itu pastinya akan berlaku. Suka ataupun tidak. Jadi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat saya di sini. untuk ucapkan depan-depan mungkin saya agak segan. :p


Terima kasih untuk segalanya. Dialah sahabat terbaik di sini, dialah yang banyak membantu dan dialah sahabat susah senangku. Saat saya terjatuh dia yang membangunkan, dan saat saya memerlukan semangat, dialah pendukung paling ampuh. Sungguh saya betul-betul terhutang budi padanya. Saya masih ingat di saat saya hilang semangat ketika peperiksaan tahun ini, dialah yang menaikkannya kembali. Sungguh saya amat berterima kasih padanya. Jumpa lagi di Malaysia insya-Allah.


Seorang yang saya amat rapat dengannya. Saya perlu meminta maaf padanya kerana terlampau selalu sangat menyusahkan dirinya. Lagi-lagi pada minggu saya ingin pulang ini. Selalu sahaja saya mengharapkan bantuannya. Selalu sahaja saya menyusahkan dirinya. Terima kasih kerana banyak membantu. Jasamu hanya mampu dibalas oleh Allah s.w.t.


Mereka adalah kakak yang acapkali saya susahkan. Bermacam-macam pertolongan yang sering saya minta daripada mereka. Namun tidak sekali pun mereka mengungkit. Mungkin kerana saya dianggap sebagai adik dan mereka saya anggap sebagai kakak, jadi kami tidak terlalu kisah untuk menolong satu sama lain. Hanya ucapan terima kasih yang mampu saya ucapkan.


Mereka penghilang kebosananku, pengubat rinduku dan penyelesai masalahku. Seringkali saya bertandang ke rumah negeri bila keadaan memerlukan. Walaupun ada di antara mereka yang saya kurang rapat, namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka. Merekalah penyeri kehidupan saya di bumi Mesir ini.

RAKAN-RAKAN PANTAI TIMUR

Setelah difikir-fikir, saya memang agak pelik bagaimana saya boleh rapat dengan sahabat-sahabat dari Pantai Timur ini. Padahal kalau diikutkan dari mind set rakyat Kuala Lumpur, orang-orang Pantai Timur agak asobiyah. Maaf, bukan tujuan saya untuk menimbulkan provokasi tapi itu adalah hakikat di Kuala Lumpur. Namun, rakan-rakan saya di sini telah membatalkan dakwaan itu dan membuktikan bahawa mereka bukanlah asobiyah. Terima kasih saya ucapkan, dan andai Tuhan telah menentukan, pastinya kita akan bertemu kembali di Malaysia. 

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu saya, tidak kira sama ada secara langsung atau tidak, yang telah menceriakan hari-hari say adi Perlembahan Nil ini. Jasa kalian amat saya hargai dan semoga kalian mendapat ganjaran yang lebih baik.


Sekian sahaja entry saya untuk kali ini. Perasaan sedih memang telah merajai diri sejak dari 2,3 hari yang lalu. Itu adalah lumrah. Perpisahan pastinya diiringi kesedihan. Berpisah itu pasti, luput di mata jangan di hati, andai sudah ditakdirkan kita pasti bertemu lagi…

6 comments:

Cahayamylife said...

1001 kenangan tu macam kurang tepatlah pulak.
hee~
Moga selamat sampai na.
Hmm..macam ada terhutang something nih.

Hafizi Tajuddin said...

eh, nama xde lak.. xnak la komen kat sini..(**,)

Ahmad Nordinie said...

hayati : 1001 tu bukan menunjukkan bilangan, tu ungkapan menunjukkan kepelbagaian.. hihi

fizi : aku taip smlm sblum tdo.. siap tersengguk2 lg.. lps fikir2 balik ade gak name2 yg tertinggal.. huhu

[ sYeKhuL IsLaM ] said...

tq for everything dnie..

i hope u don't forget for our friendship..

and u still remember me anywhere and anytime..

(cm slah je ayt aq)..
pape pom..aq ase mu pham da..

~ shana ~ said...

assalamualaikum..
dinie da grad kn?
hope xlmbt ag nk wish congrats..
so, kat msia ni, kje kat mne?

Ahmad Nordinie said...

syafee : aku faham je..
xpe2..
practice makes perfect
jage diri baik2
:D

hasanah : tq
skang ni xkeje lg
tgh sibuk carik keje
huhu

Related Posts with Thumbnails