Followers

Saturday, January 5, 2013

PRU-13?




Bila ditanya tentang isu baru, sudah tentulah anak muda zaman sekarang asyik bercerita tentang amanat Haji Hadi. Di televisyen, dada akhbar, malah tidak terkecuali wall facebook masing-masing mencanang pendirian mereka di situ. ada pro dan kontranya. Saya? Sejujurnya, rakan-rakan saya memang mengenali saya sebagai seorang yang tidak suka bercerita tentang politik. Bukan tidak mengambil peduli, Cuma saya tidak suka menyatakan pendirian saya di depan umum. Pilihan saya, biarlah saya sendiri yang mengetahuinya. Lagipun, bukankah undi itu adalah rahsia? =P

Saya selalu tertanya-tanya, bilakah tarikh untuk pilihanraya umum ke-13. Lama sudah saya menunggu. Tak sabar rasanya nak mencampak kertas undi buat pertama kali. Kawasan saya di Lembah Pantai. Kawasan yang menyaksikan kemenangan Nurul Izzah ke atas Datuk Seri Shahrizat. Namun, pada waktu itu saya tidak berkesempatan untuk mengundi, walaupun saya telah cukup umur atas dua sebab. Yang pertama, saya tiada di Malaysia pada waktu itu kerana masih belajar di Mesir. Dan yang kedua, pada waktu itu saya masih belum mendaftar.

Cerita tentang pendaftaran pengundi ini, saya sering merasa hairan terhadap beberapa rakan saya. Mereka sibuk mencanang kepincangan parti itu, kelemahan wakil rakyat dan sebagainya. Namun, mereka masih belum mendaftar. Apa faedahnya mereka sibuk mencanang semua itu?

Akhir kata, laksanakan kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia. Daftarlah sebagai pengundi. Anda perlu memilih pemimpin anda. Pilihan terletak di tangan anda.

p/s : Sebenarnya, pada awal penulisan, saya ingin menulis tentang amanat Hadi, tetapi akhirnya membebel je lebih.

Wednesday, January 2, 2013

Help me...


Perkara pertama yang saya fikir setelah lama tidak menulis di sini; apa yang hendak saya tulis? Nak copy paste dari blog orang lain? Nak baca blog orang lain dan buat olahan sendiri selepas itu? Tulis hal peribadi? Tulis bab agama? Sambung cerita jaulah? Macam-macam lagi yang terlintas dan sampai kini tiada lagi keputusan yang dibuat. Mungkin buat masa ini saya hanya akan membebel untuk mencari semula gaya bahasa saya suatu masa dahulu. Maklumlah, cuti lama sangat kan…

Saya baru sahaja menolak tawaran kerja sebagai guru j-QAF. Saya sepatutnya ditempatkan di SK Setia Budi, Rengit, Batu Pahat, Johor. Pada mulanya, saya ingin menerimanya walaupun hati saya agak berat untuk menerima tugasan itu. Namun, setelah saya berfikir panjang, saya telah menolak tawaran itu. Kini tugasan saya adalah untuk menulis surat memaklumkan saya menolak jawatan tersebut. Ada sesiapa yang nak tolong buatkan? Weeeee..

Hidup memang penuh dengan cabaran. Masalah datang dari pelbagai sudut. Jujurnya, saya telah melalui 2 minggu yang saya tak ingin ulanginya. Teramat stress,  sehingga makan minum pun tidak menentu. Kesannya, dalam masa 3 minggu, saya Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 6 kg. Tak perlu susah payah mengeluarkan duit untuk membeli Herbalife, Alpha Lipid dan lain-lain. Sangat berjaya. :P

Kini, saya hanya duduk goyang kaki di rumah. Bagaimana agaknya untuk menjana pendapatan? Saya sedang terfikir untuk membuat kelas tuisyen Bahasa Arab dari rumah ke rumah. Atau mungkin kelas mengaji. Namun, saya sendiri tak pasti.

Sekian…

Tuesday, January 1, 2013

Kembali untuk ke sekian kalinya



Kalau diikutkan hati, memang banyak sungguh benda yang nak ditulis. Dah setahun tak menulis kat sini kan, jadi memang banyak betul perkara yang dah berlaku. Yang sedih, yang happy, yang buat aku jadi bingung, jadi stress, n macam-macam lagi la. 

By the way, sebelum saya membebel panjang-panjang, selamat tahun baru ye. Pastikan tahun ini lagi baik dari yang sudah-sudah. Azam saya? Saya nak kumpul RM 50,000. Tapi saya masih belum bekerja. Macam mana tu ye? Apa-apa pun, saya akan pastikan saya mampu kumpul duit macam tu. Rezeki ada di mana-mana.

Saya amat bersyukur buat masa ini, kerana begitu banyak perkara yang berlaku, kawan-kawan masih ada menyokong di belakang. Saat susah, senang mereka sentiasa ada. Terima kasih diucapkan. Jasa kalian, hanya tuhan yang mampu membalas.

Mungkin selepas ini, saya akan kembali aktif berblogging. Cuma saya tidak begitu bijak untuk membuatkan isi blog ini menjadi lebih menarik. Tambahan pula sudah begitu lama tidak menulis di sini, jadi saya agak bingung bagaimana untuk memulakan penulisan. 

Apa-apapun, terima kasih kepada yang sudi membaca, atau yang sekadar melawat meninggalkan jejak. :)
Related Posts with Thumbnails