Followers

Tuesday, January 1, 2013

Kembali untuk ke sekian kalinya



Kalau diikutkan hati, memang banyak sungguh benda yang nak ditulis. Dah setahun tak menulis kat sini kan, jadi memang banyak betul perkara yang dah berlaku. Yang sedih, yang happy, yang buat aku jadi bingung, jadi stress, n macam-macam lagi la. 

By the way, sebelum saya membebel panjang-panjang, selamat tahun baru ye. Pastikan tahun ini lagi baik dari yang sudah-sudah. Azam saya? Saya nak kumpul RM 50,000. Tapi saya masih belum bekerja. Macam mana tu ye? Apa-apa pun, saya akan pastikan saya mampu kumpul duit macam tu. Rezeki ada di mana-mana.

Saya amat bersyukur buat masa ini, kerana begitu banyak perkara yang berlaku, kawan-kawan masih ada menyokong di belakang. Saat susah, senang mereka sentiasa ada. Terima kasih diucapkan. Jasa kalian, hanya tuhan yang mampu membalas.

Mungkin selepas ini, saya akan kembali aktif berblogging. Cuma saya tidak begitu bijak untuk membuatkan isi blog ini menjadi lebih menarik. Tambahan pula sudah begitu lama tidak menulis di sini, jadi saya agak bingung bagaimana untuk memulakan penulisan. 

Apa-apapun, terima kasih kepada yang sudi membaca, atau yang sekadar melawat meninggalkan jejak. :)

Tuesday, July 3, 2012

Sejarah mungkin berulang.....


Sememangnya, saya dah lama sangat tak menulis di sini. Dek kerana kesibukan melampau dan kemalasan tahap dewa ditambah lagi dengan kekeringan idea untuk mencoret menyebabkan blog ini terbiar sepi tanpa dihiasi contengan-contengan baru. Wah, ayat… Hihi.
Sememangnya kita tidak mampu menduga apa yang mampu terjadi dalam kehidupan kita. Kalau saya imbau kembali, sebelum saya berhenti menulis di blog ini (dalam setahun lepas), saya tak akan terduga apa yang terjadi pada hari ini, berlaku pada diri saya. Terlampau banyak peristiwa yang manis dan pahit berlaku secara tak disangka-sangka. Bila dikenang kembali, biarpun pengalaman yang pahit tetap menjadi manis. Semuanya melahirkan senyuman pada wajahku. Hihi.

Antara perkara yang sangat-sangat memberi kesan dalam hidup saya adalah; kini saya menyambung pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia. Baru sahaja selesai peperiksaan untuk semester 2 pada minggu lepas. Selepas ini mulalah mencari tajuk untuk menulis tesis. Ada sesiapa nak bagi cadangan?

Saya juga sedang mencari pekerjaan tetap. Memandangkan tiada lagi kelas yang saya perlu hadiri selepas ini, maka memang inilah waktu yang sesuai untuk saya mencari pekerjaan. Kerana ia adalah langkah wajib untuk saya untuk mencapai tujuan yang lebih besar; memulakan keluarga, a.k.a. berkahwin.. Hehe. 

Rasa-rasanya perkara-perkara yang banyak mengubah kehidupan saya, semuanya berlaku selepas saya meninggalkan bumi Darul Quran. Saya terpaksa berhenti mengajar di sana memandangkan jadual belajar di UKM bertembung dengan jadual mengajar di DQ. Memang terasa berat sangat hati meninggalkan mereka, tetapi saya bersyukur, tugas saya diganti oleh ustaz yang jauh lebih baik dari saya. Dan hasil didikan ustaz tersebut memang betul-betul membuatkan saya ras gembira. Alhamdulillah…

Kini, perkara yang lalu memang akan terus terpahat dalam memori. Segalanya acapkali melukiskan senyuman di bibirku. Aku akan terus tersenyum dan tersenyum, di samping mengatur langkah untuk mencorak masa hadapanku. Agar kelak senyuman ini kan terus terlakar. Hehe.
Related Posts with Thumbnails