Followers

Monday, January 31, 2011

Rusuhan di Mesir : Kita hanya mampu berdoa


Mutakhir ini, satu dunia sudah maklum tentang pergolakan politik di Mesir. Setiap manusia sibuk membincangkannya samaada di rumah, di tempat kerja mahupun di kedai kopi. Angka korban yang kian meningkat, ditambah dengan rakyat yang tercedera dan tidak dilupakan juga segelintir manusia yang menangguk di air keruh dengan melakukan pelbagai siri rompakan. Sungguh saya tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku ketika saya masih di Mesir lagi.

Memeikirkan keadaan rakan-rakan yang masih ramai terdapat di sana menambahkan rasa gusar di hati. Sudahlah talian telefon disekat, internet juga turut tidak berfungsi. Saya tertanya-tanya apakah agaknye perkhabaran rakan-rakan di sana. Selamatkah mereka? Adakah mereka dalam kesempitan? Dan pelbagai lagi persoalan yang bersarang di minda. Namun semuanya terus menjadi tanda tanya kerana mereka masih tidak dapat saya hubungi.

Setelah memerhati gambar-gambar yang tersebar di internet, sungguh saya tidak menjangkakan rusuhan yang berlaku adalah seteruk itu. Ada antara kawasan tersebut sangat berhampiran dengan rumah sewa saya sebelum ini dan ada juga kawasan yang biasa dilawat oleh pelajar-pelajar Malaysia. Mesir yang satu ketika dulu berbangga dengan ayat al-Quran :

“Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman”
(Surah Yusuf 12 : 99)

Langit tak selalu cerah. Kehidupan yang indah pasti sekali sekala akan terpalit duka juga. Keadaan huru-hara dan kacau-bilau yang berlaku di Mesir sekarang sudah pasti akan meninggalkan impak yang amat mendalam bagi setiap rakyatnya. Sama-samalah kita berdoa agar kemelut yang berlaku ini cepat menemui penghujungnya dan agar semua pelajar Malaysia yang berada di sana selamat hendaknya.
ni tempat saya slalu jalan2 dulu.. mugamma3 tahrir
Add caption

Sunday, January 30, 2011

Insya-Allah



Walaupun saya tak dengar sangat lagu-lagu dia ni, tapi tetap nak kongsi juga kat sini. Maklumlah, dia nyanyi dalam Bahasa Melayu kan..

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

[chorus]
 

Saturday, January 29, 2011

MENARIK KE BLOG KORANG?


Apa kriteria yang diperlukan untuk menulis blog? Macam mana kita nak buat blog kita menarik, penuh informasi dan mendapat sambutan hangat? Apakah kita perlu sekelakar raja lawak? Atau mestikah kita secerdik saintis terkemuka? Atau perlukah kita seserius Zizan Raja Lawak guru disiplin sekolah menengah?

Aku rasa, tak perlulah kita nak menjadikan diri kita seperti diorang-diorang tu. Setiap orang ada kelebihan masing-masing, ada kebolehan masing-masing. Tulis sahaja apa yang terlintas di minda, insya-Allah ada saja orang yang akan membacanya. Percayalah. Walaupun entry kita macam karangan time spm dulu-dulu.

Aku ada terbaca beberapa teknik untuk membuatkan entry korang ni menarik. Korang boleh ubah warna tulisan. Sekejap BIRU, tukar PINK, and then HIJAU, lepas tu COKLAT, tukar jadi KUNING, PURPLE pun menarik jugak. Kalau da takde idea nak letak warna apa, ubah je jadi warna BACKGROUND korang. Biar orang susah nak baca. 

Korang boleh jugak tukar tulisan. Mula-mula huruf kecik je. Lepas tu HURUF BESAR je. Lepas tu CaMpUR-CAmpuR. Tak kisah la nak SeLaNg-sElAnG atau BERturUT-TuruT. Nak HURuF BeSAr banyak ataupun huRuf keCik yang banyak. Ikut suka korang la.

Atau mungkin korang nak tukar saiz tulisan. Kecik besar kecik kecik lagi kecik terlampau besar normal besar terlampau kecik dan kemudian terlampau besar. Atau nak buat satu entry terlampau besar atau terlampau kecik pun takpe. Kalau korang rasa menarik buat satu entry tu dengan tulisan yang melampau-lampau keciknya, suka hati korang la labu..

Yang ni cuma idea je. Blog saya ni pun baru nak hidup. Menarik ke? Tak dapat dinilai lagi. Oh ya. Jangan lupa lawat blog saya yang satu lagi

Haa, kan dah praktik teknik kat atas tu. Hihi.

p/s : Sebenarnya entry ni ditulis dekat sini sebab dekat blog yang satu lgi tu tak jadi macam ni.. huh!

BLOG BARU????


Saya telah diberikan satu blog baru. Wordpress. Walaupun sebenarnya keinginan saya untuk terus berblogging telah pudar, namun setelah diberi blog yang baru ini ia telah kembali menyemarakkan keinginan saya untuk terus menjadi blogger boy. Maklumlah, saya sekarang ini menetap di Bukit Beruntung. Rumah tersebut tidak dilengkapi kemudahan internet. Jadi, faham-faham sajalah.

Satu perbezaan yang saya buat di blog tersebut adalah saya akan menulis dengan lebih santai. Kalau di blog ini saya biasanya menulis ayat-ayat yang berunsurkan serius, saya akan mencuba untuk menulis di blog tersebut dengan cara yang lebih ringan. Walaupun saya bukanlah bijak sangat menulis, tapi di mana ada kemahuan, pastinya di situ ada jalan.

Bila diperhatikan gaya bahasa yang berbeza di blog sana, jangan pula salah sangka atau berburuk sangka dengan saya. Saya sedang mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru dalam hidup saya.

Oh ya, untuk mengunjungi blog tersebut silalah klik link yang di bawah ini ya. Jangan lupa tinggalkan komen dan like blog tersebut.

Friday, January 7, 2011

Expect the unexpected!


Hidup ini penuh dengan cerita. Ada yang manis, ada yang pahit. Semuanya akan menjadi seribu satu kenangan. Kadang-kadang ada yang datang dalam bentuk kejutan; yang apabila difikirkan semula seolah-olah tidak boleh dipercayai. Itulah keajaiban alam. Dan itulah tanda kekuasaan tuhan.

Apa-apapun, lupakan sahaja perenggan yang di atas. Cerita saya kali ini langsung tidak berkaitan dengannya. Secara tiba-tiba saya ingin menaip ayat tersebut. Kenapa? Saya pun tak tahu.

Saya kini sudah mula bekerja sebagai pensyarah tasmiq jemputan di Darul Quran, JAKIM, kuala Kubu Bharu. Baru sahaja seminggu memulakan tugas saya sudah berasa seronok dengan kerja ini. Kelas saya hanyalah mempunyai 13 orang anak murid. Dengan itu setiap hari saya perlu menghadapi 13 macam karenah. Bukanlah saya membenci mereka, namun kadang-kadang tingkah laku mereka mampu membuatkan saya tersenyum sendirian.

Saya agak seronok bila saya dapati ada antara merekayang bersungguh-sungguh mahu belajar. Ada yang malu-malu untuk bertanya dan ada juga yang tak berhenti-henti bertanya. Namun bila mereka mula mengajukan soalan, perasaan saya berbunga gembira. Tidak terasa risau denga persoalan yang diajukan. Walaupun kekadang mungkin saya tidak dapat menjawab persoalan mereka. Menyesal rasanya ketika di sekolah dulu saya kurang bertanya.

 Memang sudah menjadi adat, pencapaian dalam sesebuah kelas pasti berbeza-beza. Ada yang terlampau hebat dan ada juga yang lemah. Saya kini masih lagi tercari-cari strategi untuk merapatkan jurang antara mereka agar nanti tiada rasa rendah diri. Ada juga antara mereka yang tidak menguasai tajwid dengan baik. Namun itu semua saya anggap sebagai cabaran untuk diri saya sendiri.

Saya telah mengadakan sesi mengulang pada hari ini. Saya juga telah menguji hafalan masing-masing dengan menanyakan soalan. Ada di antara mereka yang mempunyai hafalan yang amat bagus hinggakan saya terasa malu apabila memikirkan tentang keadaan saya sendiri yang mungkin tidak mempunyai hafalan yang sebagus itu.

Walau apapun, minggu yang mendatang saya perlu menjadi sedikit tegas. Ini adalah untuk kebaikan murid-murid tersebut dan juga untuk diri saya. Perkara yang paling perlu saya titik beratkan adalah Tajwid.
Related Posts with Thumbnails