Hidup ini penuh dengan cerita. Ada yang manis, ada yang pahit. Semuanya akan menjadi seribu satu kenangan. Kadang-kadang ada yang datang dalam bentuk kejutan; yang apabila difikirkan semula seolah-olah tidak boleh dipercayai. Itulah keajaiban alam. Dan itulah tanda kekuasaan tuhan.
Apa-apapun, lupakan sahaja perenggan yang di atas. Cerita saya kali ini langsung tidak berkaitan dengannya. Secara tiba-tiba saya ingin menaip ayat tersebut. Kenapa? Saya pun tak tahu.
Saya kini sudah mula bekerja sebagai pensyarah tasmiq jemputan di Darul Quran, JAKIM, kuala Kubu Bharu. Baru sahaja seminggu memulakan tugas saya sudah berasa seronok dengan kerja ini. Kelas saya hanyalah mempunyai 13 orang anak murid. Dengan itu setiap hari saya perlu menghadapi 13 macam karenah. Bukanlah saya membenci mereka, namun kadang-kadang tingkah laku mereka mampu membuatkan saya tersenyum sendirian.
Saya agak seronok bila saya dapati ada antara merekayang bersungguh-sungguh mahu belajar. Ada yang malu-malu untuk bertanya dan ada juga yang tak berhenti-henti bertanya. Namun bila mereka mula mengajukan soalan, perasaan saya berbunga gembira. Tidak terasa risau denga persoalan yang diajukan. Walaupun kekadang mungkin saya tidak dapat menjawab persoalan mereka. Menyesal rasanya ketika di sekolah dulu saya kurang bertanya.
Memang sudah menjadi adat, pencapaian dalam sesebuah kelas pasti berbeza-beza. Ada yang terlampau hebat dan ada juga yang lemah. Saya kini masih lagi tercari-cari strategi untuk merapatkan jurang antara mereka agar nanti tiada rasa rendah diri. Ada juga antara mereka yang tidak menguasai tajwid dengan baik. Namun itu semua saya anggap sebagai cabaran untuk diri saya sendiri.
Saya telah mengadakan sesi mengulang pada hari ini. Saya juga telah menguji hafalan masing-masing dengan menanyakan soalan. Ada di antara mereka yang mempunyai hafalan yang amat bagus hinggakan saya terasa malu apabila memikirkan tentang keadaan saya sendiri yang mungkin tidak mempunyai hafalan yang sebagus itu.
Walau apapun, minggu yang mendatang saya perlu menjadi sedikit tegas. Ini adalah untuk kebaikan murid-murid tersebut dan juga untuk diri saya. Perkara yang paling perlu saya titik beratkan adalah Tajwid.
2 comments:
waa...bgsla dnie..
jgn la grng2 sngt, bese la dnie, bdok2 hngusan..huhu..aq dlu ngaja bdok skolah mngah, lg kuat cbarannya..klu kite pndai amik hati dorang, dorang akn respect kt kite..
ape pom dnie..aq tw pom hbt..try la ceramah skit, bg motivasi..ckp kt dorang
"ni tgok ni, bguskan,!!"
lme2 die akn cntohi la ust ksyngn dio nie..huhu
ustaz diorang xlah hebat mane..
ade yg lg hebat dr ustaz diorang..
segan la plak rasenye
huhu
Post a Comment