Mutakhir ini, satu dunia sudah maklum tentang pergolakan politik di Mesir. Setiap manusia sibuk membincangkannya samaada di rumah, di tempat kerja mahupun di kedai kopi. Angka korban yang kian meningkat, ditambah dengan rakyat yang tercedera dan tidak dilupakan juga segelintir manusia yang menangguk di air keruh dengan melakukan pelbagai siri rompakan. Sungguh saya tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku ketika saya masih di Mesir lagi.
Memeikirkan keadaan rakan-rakan yang masih ramai terdapat di sana menambahkan rasa gusar di hati. Sudahlah talian telefon disekat, internet juga turut tidak berfungsi. Saya tertanya-tanya apakah agaknye perkhabaran rakan-rakan di sana. Selamatkah mereka? Adakah mereka dalam kesempitan? Dan pelbagai lagi persoalan yang bersarang di minda. Namun semuanya terus menjadi tanda tanya kerana mereka masih tidak dapat saya hubungi.
Setelah memerhati gambar-gambar yang tersebar di internet, sungguh saya tidak menjangkakan rusuhan yang berlaku adalah seteruk itu. Ada antara kawasan tersebut sangat berhampiran dengan rumah sewa saya sebelum ini dan ada juga kawasan yang biasa dilawat oleh pelajar-pelajar Malaysia. Mesir yang satu ketika dulu berbangga dengan ayat al-Quran :
“Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman”
(Surah Yusuf 12 : 99)
Langit tak selalu cerah. Kehidupan yang indah pasti sekali sekala akan terpalit duka juga. Keadaan huru-hara dan kacau-bilau yang berlaku di Mesir sekarang sudah pasti akan meninggalkan impak yang amat mendalam bagi setiap rakyatnya. Sama-samalah kita berdoa agar kemelut yang berlaku ini cepat menemui penghujungnya dan agar semua pelajar Malaysia yang berada di sana selamat hendaknya.
ni tempat saya slalu jalan2 dulu.. mugamma3 tahrir |
Add caption |
No comments:
Post a Comment