Followers

Thursday, November 3, 2011

Bagaimana menyikapi perbezaan pendapat (Adab al-Ikhtilaf) Part 2


PEMBAHAGIAN KHILAF

Secara umumnya, khilaf terbahagi kepada tiga. Pertama, khilaf yang diterima. Ia adalah perbezaan dalam perkara yang telah disyariatkan, dan perkara tersebut terdapat pecahan-pecahannya. Kemudian, ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan jenis yang manakah yang lebih afdhal. Contohnya membaca lafaz basmalah dengan nyaring di dalam solat. Ada yang mengatakan sunat dan ada yang mengatakan makruh. Namun, mereka sependapat mengatakan bahawa ia tidak membatalkan solat.

Pecahan khilaf yang kedua pula ialah khilaf yang dicela. Khilaf ini terlahir daripada kejahilan, kezaliman, penderhakaan, mengikut hawa nafsu ataupun menyalahi manhaj Nabawi dalam penerimaan hukum syara’ dan cara mengamalkannya. Contohnya adalah khilaf yang berpunca daripada keracunan fikiran yang direka oleh puak yang menyeleweng seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah dan sebagainya.

Manakala pecahan yang terakhir pula iala khilaf yang harus dan dapat diterima akal. Ia adalah perselisihan pendapat yang berlaku dalam kalangan ulama’ mujtahidin dalam masalah ijtihadiyyah; masalah yang tidak terdapat nas yang qat’ie. Namun, terdapat syarat-syarat tertentu untuk membolehkan khilaf jenis ini diterima. Pertama, ia berlaku dalam kalangan ulamak fiqh ataupun orang yang berkelayakan dalam agama. Kedua, khilaf tersebut hanya melibatkan perkara far’iyyah yang tiada dalil qat’ie berhubung hukumnya. Ketiga, setiap pihak yang berselisih pendapat hendaklah bertujuan mencari kebenaran dan yang terakhir, setiap orang yang berselisih itu hendaklah telah mencurahkan tenaganya bagi mencapai kebenaran.

Namun begitu, terdapat variasi pembahagian ikhtilaf mengikut para ulama’. Secara ringkasnya seperti yang terdapat dalam jadual di bawah :

i) Menurut Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi :


IKHTILAF PUNCANYA SIKAP

IKHTILAF PUNCANYA PEMIKIRAN

· Merasai diri hebat

· Takjub dengan pandangan sendiri

· Prejudis terhadap orang lain

· Suka menunding jari menuduh kesilapan orang lain

· Bersikap materialistik

· Mengikut hawa nafsu

· Tamak haloba

· Mengejar pangkat dan darjat

· Fanatik terhadap mazhab, kumpulan, kenegerian, kumpulan, jemaah, ketua.

· Pengamatan dan persepsi yang berbeza samada terhadap teori akidah atau permasalahan fiqh

· Strategi politik berbeza


ii) Menurut al-Alwani :


IKHTILAF DORONGAN HAWA NAFSU (TERCELA)

IKHTILAF DORONGAN KEBENARAN

(TERPUJI)

IKHTILAF YANG KADANGKALA TERPUJI DAN TERCELA

· Takjub dengan pandangan sendiri

· Taksub kepada individu, mazhab atau kumpulan

· Melihat orang lain sentiasa salah

· Ikhtilaf antara pendokong iman dan penegak kekufuran

(Ikhtilaf ini wajib namun jangan sampai menghalang daripada berbuat dakwah kepada mereka)

· Furu’ fiqhiyyah

(Asalnya baik tetapi jika tidak diuruskan dengan baik, ia boleh membawa kepada penyelewengan hawa nafsu, taksub dan prasangka)


iii) Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan :


IKHTILAF YANG TERCELA (MAZMUM)

IKHTILAF YANG TERPUJI (MAMDUH)

IKHTILAF YANG DIIZINKAN DAN DITERIMA (MAQBUL)

· Ikhtilaf yang membawa kekufuran

· Khilaf ahli bid’ah

· Khilaf pengikut hawa nafsu

· Khilaf dalam permasalahan fiqh yang tidak diuruskan dengan betul hingga membawa kepada perpecahan

· Ikhtilaf orang Islam dengan orang kafir

· Ikhtilaf dengan kepercayaan tahyul, ibadat, perayaan, tradisi dan adat-adat jahiliyah

· Perselisihan para mujtahid, fuqaha’, mufti, hakim dan ulama dalam perkara-perkara agama. Ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails