Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak
bersifat sombong dan angkuh
Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah
kanak-kanak itu lebih mulia
daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak
melakukan dosa daripada
kita.
Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia
lebih mulia daripada
kita kerana dia sudah lama beribadat.
Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia
lebih mulia daripada
kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan
ketahui.
Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih
mulia daripada kita
kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan
kita membuat dosa
dalam keadaan mengetahui..
Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih
mulia kerana mungkin
satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas
kesalahannya.
Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam
hati bahawa mungkin
pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh
Allah dan akan
memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni
oleh Allah.
Dari Abu Hurairah (r.a) beliau berkata: Saya bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling bahagia mendapat syafaatmu pada hari kiamat nanti ?" Rasulullah (s.a.w.) menjawab :
"Wahai Abu Hurairah, sungguh saya menduga tidak ada seorang pun yang mendahului engkau untuk menanyakan perkara ini, kerana aku melihat minatmu terhadap hadis. Manusia yang paling bahagia mendapat syafaatku pada hari kiamat nanti adalah orang yang mengucapkan kalimah 'Lailahaillallah' dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya."
Hadis riwayat Bukhari
No comments:
Post a Comment