Kurang ajarkah aku bila membahasakan diri sebagai aku? Alim sangatkah ana bila ganti diri ana menjadi pilihan? Atau mungkin sayalah kata ganti yang terbaik untuk memuaskan hati semua orang?
Kalau nak diikutkan, semuanya sama sahaja sebab ana tu maksudnya saya = aku. Tapi, kenapa bila perkataan aku digunakan, ada yang mencemuh mengatakan perkataan aku itu terlampau kasar untuk aku. Walhal, bila mat-mat rempit menggunakan perkataan tu, tak pula dilabel kasar atau kurang ajar. Bahkan, kalau perkataan ana yang digunakan oleh mereka, jadi bahan gelak ketawa je..
Jadi, bila ada di antara kawan ‘aku’ yang mula menidakkan kredibilitiku dengan sebab perkataan itu, aku pun mula berhujah (wah, macam debat la plak). Kenapa bila kita berdoa, “Ya Allah, Kau berila aku kekuatan”. Tak pulak dilabel kurang ajar? Kenapa tak “Anta berilah ana kekuatan” atau “Awak berilah saya kekuatan”? Huhu. Macam pelik je bunyinya. Padahal, dengan tuhan la kita sepatutnya lebih beradab..
So, saya ni, tak kisah pun, kalau siapa yang nak membahasakan diri aku, saya atau ana. Ikutla keselesaan orang tu. Sebab semuanya benda yang sama, tak timbul isu kurang ajar atau kurang alim. Jadi, lepas ni kepada yang berkenaan, janganlah cepat sangat menilai seseorang berdasarkan kepada ganti diri sahaja. Sekian…

No comments:
Post a Comment