Followers

Tuesday, October 27, 2009

SUATU PENGKHIANATAN

Soalan:
Apa hukum mengambil hasil karya orang lain dengan cara memindah tulisannya kerana hendak menulis tesis / makalah tanpa menunjukkan bahawa itu adalah nukilan dari tempat asalnya? Dan adakah ini dianggap sebagai mencuri, pada hal kita bertanggung jawab untuk menyebarluaskan ilmu dan tidak boleh menyembunyikannya.


Jawapan:
Menurut hukum Adat dan Syara’ bahawa dibolehkan iqtibas (mengutip) bahan kajian atau maqalah orang lain dengan syarat:
1- Menunjukkan di hamisy atau foot- note tuan punya tulisan tersebut.
2- Yang dinukil itu mestilah kadar tertentu yang logik, seperti beberapa baris atau satu atau dua muka surat.

Jika yang diambil lebih daipada kadar yang logik, atau tidak menunjukkan tempat rujukan asal, maka itu adalah suatu bentuk pengkhianatan dan pencurian yang sama dengan mencuri harta, sekalipun tiada hukum had (potong tangan) disebabkan syarat penjagaan yang tidak sempurna.

Namun jika sekedar iqtibas (mengutip) idea da
n mengatakan bahawa itu adalah buah fikirannya, atau dengan huraian yang tidak sama dengan yang asal, maka itu adalah dibolehkan.

diterjemah dari website
http://www.zuhayli.net/fatawa.htm

Copy Paste dari www.anakdeli.blogspot.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails