Oktober 2009- Saya berjalan-jalan di Mid Valley. Dalam sibuk ‘window shopping’, mata saya tertarik untuk memandang seorang wanita. Seolah-olah saya kenal wanita itu. Ternyata jangkaan saya tidak meleset apabila gadis itu mulai melambai dan senyum kepada saya. Bila kami mula bertegur sapa, barulah saya sedar yang dia sebenarnya kawan sekolah rendah saya.
Tapi, saya menjadi pelik apabila memikirkan yang sebelum ini dia bertudung. Malah, pada kali terakhir dia bertemu (ketika kami form 4), dia masih lagi bertudung. Kemudian, kami pergi ke tingkat atas apabila dia menyatakan yang dia ingin belanja saya makan.
Ketika kami sedang sibuk berbual, saya memberanikan diri untuk bertanya ke mana menghilang tudungnya itu. Beginilah serba sedikit dialognya (d – saya, r – gadis tak bertudung);
D : Kenapa sekarang ni aku tengok kau dah tak bertudung? Bukan dulu kau pakai tudung ke?
R : Memang dulu aku pakai tudung pun, tapi tu hak masing-masinglah
D : Apa yang membuatkan kau tanggal tudung?
R : Macam aku kata tadilah, tu hak masing-masing. Yang kau tanya aku macam pegawai JAWI kenapa?
D : Takdelah, aku pelik je. Yelah dulu kau bertudung. Tengok-tengok dah takde je tudung tu.
R : Kenapa? Jahat ke aku kalau tak pakai tudung? Alah, kau tengoklah zaman sekarang ni. Bertudung pun tak semestinya baik!
D : Ok2. jangan marah sangat. Aku tanya je. Tukar topik ek!
Saya memberhentikan topik tersebut apabila melihat dia seolah-olah bengang. Tapi hakikatnya memang begitu. Dulu, selalu keluar di akhbar dan majalah, tentang ‘masalah sosial’ gadis bertudung. Salah siapa? Salah tudung ke?
Sepatutnya, tudung tak perlu disalahkan apabila berlaku keruntuhan akhlak di kalangan pemakainya. Yang salah adalah pelakunya, bukan tudung itu. Pakai tudung tak semestinya baik tapi kalau tak pakai tudung, bagi saya, lagilah tak baik. Kerana mereka yang tak pakai tudung secara terang-terangan melawan perintah Allah. Adakah mereka tidak takutkan Allah?
Jadi, saya berharap sangat, agar mereka yang tidak bertudung berubah. Ikatlah tudung
No comments:
Post a Comment