Bila diperhatikan, sekarang ni memang ramai yang mempunyai blog. Tak kira la tua atau muda. Masing-masing menulis dan memperindah blog dengar kreatif. Dan bila diperhatikan, memang banyak isi yang berbeza. Tiap-tiap blog ada isinya yang tersendiri.
Banyak yang saya perhatikan digunakan untuk menulis diari. Blog yang sebegini saya dapati amat menarik jika jalan penceritaannya mudah untuk difahami dan sempoi walaupun pemilik blog tersebut tidak dikenali. Bermacam-macam blog sebegini yang saya temui dan kebanyakannya adalah wanita. Terdapat pelbagai luahan emosi yang mungkin tak terluah di dunia nyata.
Terdapat juga blog yang padat dengan bahan-bahan ilmiah. Blog sebegini selalunya dimiliki oleh "ustaz-ustaz" atau golongan intelektual. Banyak ilmu yang boleh diperolehi sama ada agama, ekonomi, sastera dan sebagainya. Blog sebegini memang bermanfaat terutamanya bagi yang mencari rujukan.
Namun, di sebalik kelebihan pasti ada kekurangannya. Nothing's perfect. Kalau kita perhatikan, terdapat juga blog-blog yang menayangkan bahan-bahan porno. Blog sebegini sepatutnya dielakkan. Tidak sepatutnya bagi kita yang beragama Islam berbudaya timur untuk melayari web sebegitu.
Pendek kata, semuanya terpulang kepada kita untuk menentukan blog bagaimanakah yang menjadi santapan mata kita. Blog hanyalah satu hasil ciptaan teknologi, akal manusialah yang menentukan baik atau buruknya sesuatu blog itu. Saya berikan satu analogi. Pisau boleh digunakan untuk memotong sayur dan boleh juga disalahgunakan untuk membunuh. Semuanya tertakluk kepada si pemegang pisau untuk menentukannya. Jadi, tepuk dada tanyalah selera. Sekian..

No comments:
Post a Comment