Kami duduk sahaja di rumah rakan kami tersebut memandangkan keadaan yang sedemikian. Setelah beranjak petang, barulah kami memulakan perjalanan ke destinasi kedua kami. Kami bergerak ke satu kawasan yang bernama Jarash; kawasan terletaknya satu
Setelah membayar wang tiket untuk masuk ke kawasan itu, kami mula mengambil gambar. Tidak lama kemudian, kami terlihat seseorang yang berpakaian seperti tentera Rom dahulukala sedang meniup semboyan. Rupa-rupanya terdapat pertunjukan pada waktu itu.
Untuk melihat pertunjukan itu, harga yang dikenakan adalah JD 5, tetapi kerana kami yang terlewat tiba telah diberi diskaun dan hanya perlu membayar sebanyak JD 1 sahaja. Ini kerana pertunjukan tersebut hanya berbaki 10 minit sahaja.
Setelah melihat demonstrasi peperangan, perlumbaan kuda dan sebagainya, kami dibenarkan bergambar dengan para peserta demo tersebut. Bermacam-macam gambar yang diambil memandangkan memang agak sukar bagi kami mendapat peluang sebegini sekali lagi. Setelah puas bergambar, kami mula bergerak untuk melihat kawasan lain.
Ternyata kawasan tersebut memang besar kerana kami mengambil masa sekitar 2 jam untuk mengelilingi kawasan tersebut. Terdapat pelbagai pertunjukan dan panorama indah yang memang memuaskan hati para pengunjung. Rasanya memang tidak sia-sia untuk datang ke situ..
Bersambung..
2 comments:
pelakon drama 2 orang arab atau orang rom.nmpk macam arab jah..
Memang orang arab pun..
Post a Comment