Followers

Saturday, October 17, 2009

Niqab; wajib atau tidak? (Part 1)

Pertanyaan:

Apakah hukum niqab (menutup wajah) bagi wanita, wajib atau tidak?


Jawapan:

Banyak pertanyaan yang ditujukan kepada kami, baik secara langsung maupun melalui surat, tentang masalah hukum niqab (menutup wajah) bagi wanita. Kerana banyak kaum muslimin belum memahami masalah ini, dan banyak wanita muslimah yang mendapatkan masalah kerananya, maka kami akan menjawab masalah ini dengan sedikit panjang. Dalam masalah ini, para ulama berbeza pendapat. Sebahagian mengatakan wajib, yang lain menyatakan tidak wajib, namun merupakan keutamaan. Maka di sini -insya Allah- akan kami sampaikan hujjah masing-masing pendapat itu, sehingga masing-masing pihak dapat mengetahui hujjah pihak yang lain, agar saling memahami pendapat yang lain.

Dalil yang Mewajibkan

Berikut ini akan kami paparkan secara ringkas dalil-dalil para ulama yang mewajibkan cadar bagi wanita.


Pertama, firman Allah s.w.t.:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka.” (QS. An Nur: 31)


Allah ta'ala memerintahkan wanita mukmin untuk memelihara kemaluan mereka, hal itu juga mencakup perintah melakukan cara-cara untuk memelihara kemaluan. Kerana menutup wajah termasuk cara untuk memelihara kemaluan, maka juga diperintahkan, kerana cara memiliki hukum tujuan. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 7, karya Syeikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).


Kedua, firman Allah subhanahu wa ta’ala:

وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.” (QS. An Nur: 31)


Ibnu Mas'ud berkata tentang perhiasan yang (biasa) nampak dari wanita: "(yaitu) pakaian" (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syeikh Mushthafa Al Adawi, Jami’ Ahkamin Nisa' IV/486). Dengan demikian yang boleh nampak dari wanita hanyalah pakaian, kerana memang tidak mungkin disembunyikan.


Ketiga, firman Allah subhanahu wa ta’ala:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada (dan leher) mereka.” (QS. An Nur: 31)


Berdasarkan ayat ini wanita wajib menutupi dada dan lehernya, maka menutup wajah lebih wajib! Kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yang bijaksana ini memerintahkan wanita menutupi dada dan lehernya, tetapi membolehkan membuka wajah? (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 7-8, karya Syeikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).


Keempat, firman Allah subhanahu wa ta’ala:

وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَايُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ

“Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (QS. An Nur: 31)


Allah melarang wanita menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasannya yang dia sembunyikan, seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini kerana dikhuatiri laki-laki akan tergoda gara-gara mendengar suara gelang kakinya atau sebagainya. Maka godaan yang ditimbulkan kerana memandang wajah wanita cantik, apalagi yang dirias, lebih besar dari pada sekedar mendengar suara gelang kaki wanita. Sehingga wajah wanita lebih patut untuk ditutup untuk menghindarkan kemaksiatan. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 9, karya Syeikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).


Kelima, firman Allah subhanahu wa ta’ala:

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ اللاَّتِي لاَيَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nur: 60)


Wanita-wanita tua dan tidak ingin kahwin lagi ini dibolehkan menanggalkan pakaian mereka. Ini bukan bererti mereka kemudian telanjang. Tetapi yang dimaksud dengan pakaian di sini adalah pakaian yang menutupi seluruh badan, pakaian yang dipakai di atas baju (seperti mukena), yang baju wanita umumnya tidak menutupi wajah dan telapak tangan. Ini bererti wanita-wanita muda dan berkeinginan untuk kahwin harus menutupi wajah mereka. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 10, karya Syeikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).


Abdullah bin Mas'ud dan Ibnu Abbas berkata tentang firman Allah "Tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka." (QS An Nur:60): "(Yaitu) jilbab". (Kedua riwayat ini dishahihkan oleh Syeikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/523)


Dari 'Ashim Al-Ahwal, dia berkata: "Kami menemui Hafshah binti Sirin, dan dia telah mengenakan jilbab seperti ini, yaitu dia menutupi wajah dengannya. Maka kami mengatakan kepadanya: "Semoga Allah merahmati Anda, Allah telah berfirman,

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ الاَّتِي لاَيَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ

"Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan.” (QS. An-Nur: 60)

Yang dimaksud adalah jilbab. Dia berkata kepada kami: "Apa firman Allah setelah itu?" Kami menjawab:

وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Dan jika mereka berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nur: 60)

Dia mengatakan, "Ini menetapkan jilbab." (Riwayat Al-Baihaqi. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/524)


Keenam, firman Allah subhanahu wa ta’ala:

غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ

“Dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan.” (QS. An-Nur: 60)


Ini bererti wanita muda wajib menutup wajahnya, kerana kebanyakan wanita muda yang membuka wajahnya, berkehendak menampakkan perhiasan dan kecantikan, agar dilihat dan dipuji oleh laki-laki. Wanita yang tidak berkehendak seperti itu jarang, sedang perkara yang jarang tidak dapat dijadikan sandaran hukum. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 11, karya Syeikh Muhammad bin Shalih Al- 'Utsaimin, penerbit: Darul Qasim).


Setakat ini sahaja buat kali ini, entry ini terlampau panjang. maaf, saya tak ingat copy dari blog mana.

No comments:

Related Posts with Thumbnails