Lama sungguh rasanya tidak menaip di sini. Walaupun sebelum ini saya berjanji untuk mengupdatekan blog, namun tak tercapai hasrat itu. Ini semua kerana saya terpengaruh dengan minat yang baru; facebook. Setiap kali komputer di switc-on, pasti facebooklah laman wajib dan laman pertama yang dibuka. Hinggakan blog ini seperti dianaktirikan.
Pada entri kali ini saya hendak menceritakan tentang pengalaman saya selama seminggu sejak bermulanya kelas. Minggu lepas alhamdulillah saya berjaya mengagahkan diri untuk hadir ke kelas walaupun saya termiss dua hari. Rasanya semangat saya belum datang sepenuhnya. Mungkin inilah bahananya bercuti terlalu lama. Kekadang diri ini merasakan seolah-olah masih berada di Malaysia lagi.
Syeikh yang mengajar qiraat tahun 3 bernama Syeikh Ahmad. Orangnya agak melucukan dan saya amat berminat untuk mendengar setiap apa yang beliau tuturkan. Namun, mungkin kerana lamanya bercuti, terasa agak lembab dan pening sikit kepala saya untuk menangkap percakapan Syeikh. Mungkin itu jugalah yang membuatkan saya kurang bersemangat untuk ke kelas.
Namun saya bersyukur kerana terdapat rakan-rakan yang agak rajin untuk ke kelas yang sentiasa mengajak saya ke Maahad. Semoga semangat saya akan terus bertambah untuk semakin rajin ke kelas dan menentang segala godaan di musim sejuk ini. Jadi, kepada sahabat-sahabat sekalian, marilah kita ke kuliah!
No comments:
Post a Comment