Alhamdulillah, ketika entry ini ditulis saya telahpun selamat sampai ke Bumi Anbia’, Mesir. Rasa tidak percaya masih lagi menyelubungi diri kerana semalam saya menjalani rutin harian seperti biasa. Tidak ada rasa cemas atau gembira atau apa-apapun sebelum keberangkatan saya ke Mesir. Kini, setelah separuh hari saya berada di sini masih lagi dengan kebingungan dan culture shock yang teramat sangat.
Namun syukur kerana kehadiran rakan-rakan segera menceriakan hati saya dari terus dilanda kebuntuan. Saya tiba di kediaman saya di Shoubra sekitar jam 8.35 pagi waktu Mesir. Dengan menaiki tremco dan ditemani oleh Naim dan Bob, sampai juga saya di sini.
Awal pagi tadi saya habiskan masa dengan mengqadha’ kembali tidur yang tidak selesa di atas kapal terbang. Namun saya tidak cukup selesa dek kerana kelaparan yang amat sangat. Nasib baiklah adanya Rodhi yang memasak nasi lemak sambal petai. Setelah melantak dengan puasnya, saya pun menyambung kembali tidur yang terganggu tadi.
Kemudian daya mula mengemas barang yang dibawa. Setelah mengasingkan barang-barang persendirian dan barang-barang milik orang lain, saya mula membelek almari saya. Saya terjumpa sekeping gambar ucapan hari lahir untuk saya. Dan itu adalah daripada Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Saya amat berterima kasih kepada RNSK yang membuatkan diri ini terasa dihargai. Huhu..
Bercakap tentang hari lahir, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada yang telah memberikan pelbagai jenis ucapan tempoh hari. Cuma saya sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama keluarga pada hari itu oleh kerana saya sendiri terlupa. Saya keluar membeli sebuah laptop baru berjenama Toshiba Satellite L510 yang berharga RM 2099. Setelah melihat resit barulah saya tersedar yang hari itu adalah birthday saya.
Saya pulang ke rumah pada jam 12.40 malam. Terasa sedikit terharu melihat ibu bapa saya masih berada di tingkat bawah. Tak tahulah kalau-kalau mereka menunggu saya atau masih menyelesaikan kerja yang belum selesai. Apa-apapun saya amat berterima kasih pada waktu itu.
Jadi sekadar ini sahajalah entry pada kali ini. Memandangkan Maahad tempat saya belajar sedang bercuti pada minggu ini, saya akan cuba mengupdate blog ini dari semasa ke semasa jika keadaan mengizinkan. Sekian..
No comments:
Post a Comment