Followers

Thursday, March 4, 2010

GEMPA BUMI DI CHILE TELAH MEMENDEKKAN SATU HARI DI BUMI!! (Terjemahan)

Gempa bumi besar sekuat 8.8 skala ritcher yang menghentam Chile telah merubah keseluruhan putaran bumi dan memendekkan masa satu hari di bumi, menurut seorang saintis NASA.

Gempa yang merupakan gempa bumi yang ketujuh terkuat yang dicatatkan dalam sejarah, telah malanda Chile dan telah memendekkan masa satu hari di bumi dengan kadar 1.26 milisaat, menurut kajian saintis Richard Gross di Makmal Penggerakan Jet NASA di Pasadena, California.

“Kemungkinan yang lebih teruk ialah gempa tersebut telah mengubah paksi bumi,” kata pegawai NASA .

Komputer yang digunakan oleh Gross dan rakan-rakan sekerjanya untuk mengkaji kesan-kesan gempa bumi Chile turut mendapati bahawa gempa tersebut telah memindahkan paksi utama bumi lebih kurang 3 inci (8 sentimiter).

Paksi utama bumi tidak sama dengan paksi utara-selatan yang berputar sehari sekalidengan kelajuan kira-kira 1000 mp/h ( 1604 km/h).

Paksi utama tersebut merupakan paksi di sekeliling bumi yang mengimbangi jirim-jirimnya. Ia terletak kira-kira 33 kaki ( 10 meter) dari paksi utara-selatan.

Pelbagai gempa bumi kuat sebelum ini telah mengubah kadar satu hari di bumi dan paksinya. Gempa bumi 9.1 skala ritcher di Sumatera pada 2004, yang telah mengakibatkan tsunami, telah memendekkan hari di bumi dengan kadar 6.8 mikrosaat dan memindahkan paksi bumi kira-kira 2.76 inci ( 7 sentimiter).

Satu hari di bumi ialah kira-kira 24 jam. Mengikut perjalanan setahun, kadar sehari biasanya berubah satau milisaat secara perlahan-lahan. Ia meningkat pada musim sejuk, ketika mana bumi berputar dengan lebih perlahan dan berkurang pada musim panas, seperti yang dikatakan Gross sebelum ini.

Gempa bumi Chile adalah lebih kecil daripada di Sumatera, tetapi kesannya kepada bumi lebih besar kerana kedudukannya. Pusatnya terletak di pertengahan latitude bumi berbanding gempa bumi Sumatera yang terletak di kawasan khatulistiwa.

Keretakan yang diakibatkan oleh gempa Chile 2010 turut meretakkan bumi pada darjah yang lebih tinggi daripada gempa Sumatera, menurut saintis NASA.

“Ini menyebabkan keretakan gempa Chile lebih efektif dalam mengubah jisim bumi secara vertikal dan mengubah paksi utama bumi,” menurut pegawai NASA.

Gross berkata, kajiannya adalah berdasarkan data awal yang terdapat pada gempa Chile. Memandangkan lebih banyak sifatnya yang telah diketahui, jangkaannya mengenai kesan gempa tersebut kemungkinan akan berubah.

Gempa Chile telah mengorabankan lebih 700 nyawa dan menyebabkan kemusnahan yang meluas di negara Amerika Selatan.

Beberapa teleskop utama di Gurun Atacama Chile telah selamat dari kerosakan, menurut Bangunan Pemerhati Bintang Eropah Selatan yang mengurus peralatan itu.

Alat pengukur garam satelit NASA yang dalam perjalanan untuk dipasang pada satu satelit milik Argentina juga turut terselamat dalam gempa tersebut, menurut pekerja JPL.

Peralatan tersebut berada di Bandar Bariloche, Argentina dan akan dipasang pada Satelit de Aplicaciones Cientificas (SAC-D). Peralatan untuk menyambungkan satelit tersebut terletak kira-kira 365 batu (588 kilometer) dari pusat Gempa Chile.

No comments:

Related Posts with Thumbnails