Alhamdulillah, saya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah jam 5.00 pagi hari khamis. Segala urusan seolah-olah dipermudahkan, dan masa yang diambil oleh saya untuk menyudahkan segala urusan tidak sampai setengah jam. Sempat jugalah saya menunaikan solat Subuh di kawasan tuntutan bagasi. Alhamdulillah ‘ala kulli haal..
Namun, tidak selamanya kita bahagia. Tidak selamanya kita gembira. Kesenangan pasti diiringi kesusahan. Kegembiraan pasti disusuli ujian. Memang ditakdirkan Allah, wallet saya tercicir di dalam tramco. Habis semua duit yang saya bawa turut lesap. Tiada langsung duit di tangan saya pada ketika ini. Mungkin tiada rezeki saya untuk menggunakan duit tersebut.
Namun, pada waktu sebeginilah, saya dapat melihat sifat sebenar sahabat-sahabat saya. Adakah mereka sahabat ketika susah dan senang? Saya sungguh tidak sangka apabila ada yang tanpa ragu-ragu dan tanpa diminta mengeluarkan duit dari bank untuk diberikan kepada saya. Ada yang tidak mempunyai duit geneh tapi ingin membantu saya dengan duit ringgit. Ada juga yang baru meminta untuk menangguh membayar hutangnya kepada saya, terus ingin membayar. Semua itu membuatkan saya benar-benar terharu. Bukanlah saya mengatakan yang tidak membantu itu bukan kawan susah senang, bahkan saya juga amat berterima kasih kepada 6 orang rakan lain yang turut menaiki tramco tersebut, juga kepada yang turut sama mengejar tramco tersebut. Jasa kalian tidak akan saya lupakan.
Balik sahaja ke rumah negeri, ramai juga yang turut member semangat kepada saya. Memanglah diakui, sahabat sejak dari saya form 1 dahulu memanglah sahabat yang setia. Sahabat yang ada di Kaherah ini memanglah sahabat yang setia. Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
Kini, saya sudah tidak mahu memikirkan tentang duit itu lagi. Daripada saya tidak bersemangat meneruskan hari-hari di sini, adalah lebih baik saya lupakan sahaja duit tersebut dan terus hidup dengan tenang di sini. Semoga Allah memudahkan kehidupan saya di sini. Akhir kata, terima kasih sahabat!
2 comments:
kite smue sahabat..huk2
yup..
btul la tu..
:D
Post a Comment