Followers

Sunday, March 21, 2010

Who Am I?


Selepas lebih 51 post, barulah terlahir di pemikiran saya untuk menulis mengenai biodata sendiri. Itu pun setelah ditanya oleh ramai orang (macamlah ramai sangat.. hehe). Jadi dengan kelapangan masa ditambah dengan tak tahu nak buat apa, saya akan menulis serba sedikit tentang diri saya.

Nama : Ahmad Nordinie bin Isa

Ramai yang cakap nama saya macam nama perempuan. Tapi nak buat macam mana, dah tu mak bapak yang bagi. BTW, nama ini juga ada maksud yang indah. Jadi, walau apapun kata orang, I love this name very much and I’m proud of it!

Tarikh Lahir : 25 November 1986

Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Tahun ini umur akan menginjak 24 tahun tetapi masih tiada calon teman hidup. Hehe. Pening dengan soalan yang sering ditanya oleh abah. Jawapan standard ; “Tengah belajar lagi” ataupun “Sampai masa nanti adalah calonnya”.

Adik Beradik : Anak ke-3 dari 6 orang

Hmm.. orang kata anak ketiga ni anak harapan. Yeke? Nilailah sendiri. Hehe. Kami 6 beradik semuanya lelaki. Jadi agak berserabutlah rumah kami memandangkan tiada anak dara. Mujurlah baru-baru ini abang saya yang dua orang tu bernikah. Oklah sikit rumah tu. Hehe.

Pendidikan :

Tabika Kemas Perpaduan Jalan Puchong

Sekolah Agama Al-Ihsaniah Jalan Puchong

Sekolah Kebangsaan Seri Mega

Sekolah Kebangsaan Pasoh 4 (f)

Sekolah Agama Rakyat Felda Pasoh 4

Maahad Ahmadi Negeri Sembilan

Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan

Maahad Qiraat Shoubra, Mesir

Jadi, siapa-siapa yang rasa-rasanya satu kelas, atau satu sekolah jangan segan-segan add saya di facebook. Rindu rasanya nak berjumpa kawan-kawan lama lagi-lagi yang rapat masa dulu-dulu. Ok. Peperiksaan yang pernah saya ambil di sekolah-sekolah ini ialah UPSR, PMR, SPM, MUET, STAM, dan Diploma Al-Quran dan Qiraat JAKIM. Kini dalam usaha untuk mendapatkan segulung ijazah.

Some Facts About Me :

Suka sangat makan nasi ayam. Tapi, bukan yang kat kedai, sebab rasa nasi ayam kat kedai macam nasi putih je. Paling suka nasi ayam yang dimasak oleh makcik saya. Sangatlah sedaaap.

Seorang yang sangat pendiam jika bertemu dengan seseorang buat pertama kali. Seringkali dituduh sombong (T_T), tapi hakikatnya tak tau apa yang nak dikatakan jika kali pertama bertemu. Kadang-kadang, kawan yang rapat pun, jika sudah lama tak berjumpa, saya akan diam seribu bahasa. Tapi, bila dah rapat dengan seseorang, memang amat rancak berbual dan kadang-kadang terover dalam bergurau (=_=!)

Agak susah untuk marah, tapi kalau sekali marah, memang lama sangat marahnya tu. Susah nak hilang!

Mempunyai kawan yang tak berapa ramai, so, sangat-sangat sayangkan kawannya.. hehe

Sekian, kalau ada apa-apa lagi, tanyalah dekat comment. Tak tau nak tulis apa lagi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails