Followers

Sunday, December 27, 2009

Kek Coklat Kukus

Pada entry kali ini, saya ingin menulis tentang resepi. Bagaimana caranya untuk membuat kek coklat kukus. Kenapa kek in i? Kerana kek ini adalah kek yang sangat saya suka dan saya tidak akan melepaskan peluang untuk menjamah kek ini pabila ia di depan mata. Terima kasih kepada kak Nurul kerana telah memberi resepi ini.


KEK COKLAT KUKUS

2 cawan tepung gandum

3 biji telur

2 cawan gula castor

1 cawan minyak jagung

1 cawan serbuk koko

1 cawan air panas

1 cawan susu cair

1/2 sudu kecil bikarbonat

1/2 sudu kecil serbuk penaik


Cara2:-

1- Panaskan kukusan sebelum membuat adunan

2- Pukul gula dan telur sampai kembang

3- Masukkan minyak jagung dan susu cair kemudian gaul hingga sebati

4- Masukkan tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, dan soda bikarbonat (semuanya diayak kecuali serbuk koko) dan gaul hingga sebati.

5- Masukkan air panas dan kacau rata dan tuang dalam loyang

6- Kukus sehingga 1 jam / masak.

Sekian. Selamat mencuba!

2 comments:

syahir said...

ckit kek..nant wat kt umah aku eh

Ahmad Nordinie said...

mm..
bleh je..
tp asik aku je kene g rumah ko..
malas..

Related Posts with Thumbnails