Followers

Sunday, July 25, 2010

Eye-Test

Have you noticed the girl in the background?
Noticed her bum?
Well, look at the picture again.
 
 
 
 
 
If your answer is YES, then go and see an OPTOMETRIST.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Why? That’s because what you see is the shoulder of the girl taking the picture!!! 

Dicopy dari sini

p/s : Jangan salah sangka ye! 

Saturday, July 24, 2010

Jauhi DENGKI!!




Mari sejenak kita berdoa agar kita terhindar dari penyakit dengki.

Ciri yang mudah dikenali dari penyakit ini adalah seseorang itu tidak suka melihat orang lain senang dan suka melihat orang lain susah. Bila dengki sudah ada dihati, maka apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang didengki itu akan kelihatan salah, walaupun yang orang itu kerjakan adalah benar, apatah lagi kalau dia berbuat salah, maka sifat dengkinya akan makin menjadi-jadi. Dia tidak senang melihat orang yang didengki itu melakukan apapun, semua akan disangkal dan dijatuhkan.

Salah satu ciri orang yang dengki ini adalah tutur katanya yang suka menghina, mencela, memburuk-burukkan, bahkan bila orang yang didengki menunjukkan kebenaran, tanpa segan silu dia akan menzahirkan kedengkiannya menerusi kata-kata, misalnya; dia hanya seorang hipokrit, apa yang dia ucapkan tidak sama dengan perbuatannya, dia hanya mencari muka untuk mencari simpati, sebenarnya dia itu orang paling jahat di dunia.
Sifat dengki boleh menyerang semua manusia tanpa melihat kepada tingkat sosialnya. Tidak kiralah samaada ia seorang pelajar, doktor, hatta jika dia itu seorang yang menjawat jawatan yang tinggi sekalipun. Bila virus ini sudah mula merebak dalam hati, maka pelbagai kehancuran lain yang akan turut menyusul.
Antara kesan buruk sifat ini ialah :
·         Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya. Sesungguhnya Kami memberikan Kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.” (Surah an-Nisa, ayat 54)
·         Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.” (Hadis Muttafaqun ‘alaihi). Bahkan lebih parah daripada itu, orang yang hasad merasa sangat gembira bila saudaranya celaka dan binasa.
·         Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering. Ini yang dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Hadis riwayat Abu Daud)
·         Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat. Ia selalu sibuk memikir dan melihat milik orang lain sehingga seluruh hidupnya hanya untuk memikirkan bagaimana datangnya kenikmatan pada orang lain dan bagaimana menghilangkannya.
·         Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan serta saling mendiamkan dan jadilah kamu bersaudara.” (Hadis riwayat Muslim)
·         Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram, apalagi bahagia. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya. Alangkah ngerinya bahaya dan kerosakan yang diakibatkan oleh dengki (hasad). Sebab itu sudah semestinya kita berusaha menanggalkan dan menghilangkannya daripada diri kita.

Jadi, memandangkan terlalu banyak kesan buruk daripada sifat ini, seeloknya kita menjauhi diri kita daripada terjangkit virus ini. Sememangnya ia merupakan satu usaha syaitan dalam menyesatkan anak Adam dan menjauhkan mereka dari jalan yang haq. Sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa terselamat dari tipudaya syaitan.

Friday, July 23, 2010

SIHIR / PUKAU / SANTAU (PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)

ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH

Takrif dan pengertiannya:
  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:
  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
2. ILMU GUNA-GUNA

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.

Tanda-tanda:
  1. Asamara cinta yang keterlaluan.
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
  4. Sukar mengawal cinta.
  5. Rindu bayang yang berlebihan.
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:
  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR YANG DIHALALKAN

Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)

Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.

Tanda-tanda Hinopsis:
  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
  • Seperti kain / api berubah menjadi burung.
4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA

Tanda-anda Sihir Gila:
  • Binggung dan lupa sesuatu.
  • Kacau dalam perbicaraan.
  • Mata kuyu (moyok).
  • Tidak boleh tenang di satu tempat.
  • Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
  • Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
  • Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.
5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA

Tanda-Tanda:
  • Suka berseorangan / menyendiri.
  • Tidak bercakap / pendiam.
  • Tidak suka berjumpa orang.
  • Fikiran meracau / terganggu.
  • Selalu pening.
  • Selalu lesu dan tidak bermaya.
  • Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.
6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN

Tanda-tandanya:
  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  • Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
  • Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.
Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.

7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT

Tanda-tandanya:
  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
  • Lumpuh keseluruhan badan.
Bagaimana Berlakunya Sihir ini?

Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
  1. Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  2. Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
  3. Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.
8. SIHIR PENDARAHAN

Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".

Pengertian Pendarahan

Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.


9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Tanda-tandanya:
  • Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
  • Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang)
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.
Cara berlakunya Sihir ini

Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
  • Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
  • Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.
SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:
  • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
  • Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
  • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
  • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
  • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
  • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
  • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
  • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.
PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:
  • Hembusan asap rokok.
  • Tenungan mata.
  • Perbualan.
  • Minuman
  • Handphone (percakapan dan sms).
  • Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.
PUNCA SIHIR:
  • Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
  • Mencuba kehebatan ilmu.
  • Mendapatkan keuntungan duniawi.
MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.
Dicopy dari sini

Wednesday, July 21, 2010

Dengarkanlah rintihan hatiku..


Well, sebelum apa-apa, saya nak minta maaf terlebih dahulu kerana lama rasanya tak mengupdate kan blog ini. Mesti ramai yang ternanti-nanti. Hehe. Saya pun tak tau la berapa ramai yang baca blog ni. Jadi, tak kisahla ada yang baca atau tak, saya tetap nak minta maaf.

Sepanjang minggu lepas, aktiviti saya agak padat. Bermula dengan Hari Keluarga anjurah Rumah Negeri Sembilan Kaherah, diikuti pula dengan keluarnya natijah peperiksaan saya. Itu semua menyebabkan saya tidak senang duduk. Kemudian, keadaan kesihatan saya yang tidak menentu membantutkan lagi semangat saya untuk meluahkan entry baru. Malahan, ketika entry ini sedang ditulis, saya masih belum sembuh sepenuhnya. Doa-doakanlah saya ye!

Sebenarnya, kalau diikutkan hati, memang terlampau banyak cerita yang ingin saya tuliskan di sini, namun kepala yang terasa amat berat ini tidak mengizinkan. Mungkin kita boleh berkongsi cerita di entry akan datang. Itupun kalau saya masih bersemangat untuk bercerita. Oh ya! Sebelum saya terlupa, ingin saya nasihatkan kepada para mahasiswa atau mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir dan ingin pulang bercuti di tanah air, jauhkanlah dari membeli tiket Egypt Air. Bukanlah saya menggalakkan anda untuk memboikot syarikat penerbangan tempatan, tetapi masalah yang sering timbul sejak akhir-akhir ini membuatkan saya tidak senang duduk selagi tidak menyebarkannya.

Di sini juga saya ingin mengucapkan takziah kepada saudara Tariq yang baru kehilangan ibunya. Semoga beliau tabah dalam menghadapi dugaan tersebut. Kuatkan semangat, tabahkan diri, banyakkan berdoa semoga ruh ibunya ditempatkan bersama para hamba-Nya yang soleh lagi diredhai.

Saya rasa cukuplah saya menulis sampai di sini sahaja. Kalau tulis panjang-panjang pun, nanti orang naik menyampah. Hihi. Sekian. Wassalam..

Tuesday, July 20, 2010

Jagalah hubunganmu..



Marilah kita renungkan bersama semoga ianya dapat membantu kita dlm menjalinkan ukhwah sesama kita.InsyAllah...

PETUA MENINGKATKAN PERHUBUNGAN ANTARA INDIIVIDU.

1. Rajin memberi salam atau ucap selamat.
2. Bersedekah dengan senyuman.
3. Peramah dan rajin bertegur sapa.
4. Menerima sesiapa sahaja tanpa syarat.
5. Bersikap dan berfikiran positif.
6. Tidak mempunyai prasangka buruk terhadap orang lain.
7. Lebih mendengar semasa berkomunikasi.
8. Beri tumpuan bila bercakap dengan orang.
9. Kekalkan jarak proksimik bila berkomunikasi.
10. Jangan lokek beri pujian yang ikhlas.
11. Orang berbudi kita berbahasa ( contoh: terima kasih )
12. Bila berjabat tangan biar erat. Lebihkan dahulu menghulurkan tangan dan
terkemudian melepaskan tangan.
13. Elakkan daripada bertengkar. Menang atau kalah, tetap kalah.
14. Boleh bergurau dan menerima gurauan.
15. Jangan melulu mengkritik orang. Jika perlu mengkritik, biar beralas.
16. Elakkan daripada mengiat atau memperli.
17. Fokuskan perbualan pada domin afektif.
18. Elakkan daripada banyak menceritakan tetang diri sendiri bila berbual.
19. Jangan memperbodoh-bodohkan orang lain yang diajak berkomunikasi.
20. Jangan jatuhkan maruah orang walaupun di tempat sunyi.
21. Kekalkan kontak mata bila berkomunikasi.
22. Jaga bau badan dan pakaian.
23. Elakkan daripada memakai minyak yang keras baunya.
24. Merendah diri.

Semuga kita semua sentiasa di dalam Rahmat Allah. Amin...

Wednesday, July 14, 2010

Ku ucapkan syukur pada-Mu


Keputusan peperiksaan saya..
Di saat keputusan peperiksaan saya terpampang di skrin, tiada apa yang terlahir dari lidah saya melainkan Alhamdulillah sahaja. Tidak mampu digambarkan betapa gembira dan bersyukurnya saya  menerima keputusan seperti yang terpampang di atas. Berita ini sememangnya satu berita yang bukan sahaja menggembirakan saya, malah juga ibu bapa saya. Betapa penat lelah saya sepanjang 3 tahun di sini terbayar dengan kejayaan ini.
 Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih sebanyak-banyaknya kepada kesemua masyaikh yang terdapat di Maahad Qiraat Shoubra, jasa kalian memang tidak mampu untuk saya balas. Juga kepada ibubapa serta keluarga yang tidak henti-henti memberikan dorongan dan semangat sepanjang saya belajar di sini. Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang sama-sama belajar dengan saya, Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
 Kepada yang kurang bernasib baik pada kali ini, saya mendoakan kejayaan anda semua dalam peperiksaan ulangan daur thani. Semoga kita semua pada kali ini dapat menamatkan pengajian di Shoubra dengan jayanya.

Tuesday, July 13, 2010

Bagaimana menghapuskan sifat malas?




Malas adalah musuh utama manusia untuk bergerak maju. Oleh itu, kita perlu buang sifat malas, supaya motivasi untuk kita berdaya maju tidak pudar. Apa pun yang kita lakukan, kalau ada perkataan malas di hujung, jawapannya gagal, separuh gagal atau kesannya output yang terbentuk bermalas-malas (sekadar melepas batuk ditangga).

Pelajar yang malas pelajarannya akan merosot.

Pekerja yang malas hasil kerjanya tidak menepati sasaran syarikat.

Suri rumah yang malas banyak tidur dan mengumpul lemak.

Pemimpin yang malas kepimpinannya hentam keromo.

Contoh: Sebelum pergi ke pejabat; kalau kita sudah set minda bahawa banyak benda kita nak buat dipejabat, esoknya bangun pagi sahaja kita dah katakan pada diri kita “Malasnya nak pergi ke pejabat”.

“Malasnya nak bangun”

“Malasnya nak solat subuh”

“Malasnya nak mandi”

“Malasnya nak buat sarapan”

“Malasnya nak pandu kereta/motor”

“Malasnya nak buat kerja”

Saya percaya hari tersebut merupakan hari yang kurang berkualiti bagi diri kita. Semua ini sebab apa? Sebab ada perkataan malas. Hanya satu perkataan ini boleh merubah begitu sekali nilai hidup kita. Hanya kerana malas, bukan sahaja hidup tidak berkualiti malah matlamat yang menjadi target hidup pun boleh tersasar. Keseimpulannya, MALAS pembunuh motivasi diri manusia yang utama.

3 cara untuk mengelak rasa malas;

1. Buang perkataan malas dengan pantas. Malas berlaku bila kita berseorangan. Jadi, pertama buang perkataan malas ganti dengan pantas dan anggaplah ada yang memerhati.

2. Guna otak kanan iaitu otak kreatif dengan selalu mengubah perjalanan (approach) hidup hari demi hari. Namun, hasrat, target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita tetap sama.

3. Beri stamina kepada diri sendiri; orang jadi malas sebab dia tidak bertenaga, tidak ada hasrat, target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita.

Renungan:  Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam sebab itu kekal, perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu hanya lakonan.


p/s : Peringatan buat diriku yang sedang bermalas-malasan sepanjang minggu ini!!!

Monday, July 12, 2010

Aku hanya mampu berdoa..


Hasrat di hati ingin bersama anak-anak Negeri Sembilan yang lain di RNSK memandangkan hari ini merupakan perasmian hari keluarga 2010. Tetapi desas-desus yang timbul mengatakan keputusan peperiksaan yang diduduki tempoh hari akan keluar esok membantutkan semangat saya untuk ke mana-mana. Apa yang dilakukan semuanya serba tak kena. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi pun ala-ala kerbau je. Semuanya dek kerana memikirkan natijah.
Ada yang mula tersenyum lebar kerana mereka telah mengetahui keputusan mereka melalui internet. Untunglah mereka, tak perlu risau dan tentu arah. Saya yang sejak pagi lagi cuba untuk melihat natijah melalui internet, tidak Berjaya melakukan demikian. Laman tersebut tidak dapat ditembusi. Mungkin kerana traffic yang terlalu tinggi secara mendadak pada hari ini membuatkan perkara sedemikian berlaku. Jadi saya hanya pasrah dan mengharapkan keajaiban yang laman tersebut mampu saya layari sehinggalah ke saat ini. Hasrat di hati membuak-buak untuk mengetahui natijah.
Dengar kata, esok hari boleh mendapatkan keputusan tersebut di Maahad. Namun, oleh kerana tiada apa-apa khabar dari MAQAZ atau mana-mana wakil pelajar, jadi saya hanya terus berharap. Tidak sanggup rasanya untuk menanggung lagi rasa ini. Segala yang dilakukan rasa tak kena. Mak ayah di Malaysia sudah setiap hari menghantar SMS bertanyakan natijah. Mereka pun tak senang duduk, inikan lagi saya.
Apa-apapun, tidak kira bila masanya pun natijah ini akan keluar, saya mendoakan kesemua pelajar Takhassus Qiraat Shoubra tahun 3 najah sofi. Biar semua kita tenang tanpa ada gusar di hati. Good luck and all the best!

Thanks to Ridhwan.


Assalamualaikum para pembaca sekalian. Tengah-tengah saya syok menukar layout, menambah tolak apa yang patut, baru saya  terperasan yang saya telah di tag oleh Encik Duan. Ohhh tidak! Aku terkena. Hihi. Hmm.. Rasa-rasanya, sebelum ni tak pernah menerima award dari sesiapa pun. Bila first time dapat award ni, rasa nak menyumpah pun ada. Haha. Gurau je. Sebenarnya agak suka dan agak terkinja-kinja jugakla. Nasib baik takde orang lain yang nampak. Kalau tak, buat malu je. Hihi
Tapi bila first time nak buat benda ni, semua benda jadi tak betul. Nak buat ayat ni tak boleh, ayat tu tak boleh. Susahnya lah menerima award ni ye. Macam nak dapat anak pulak. Haha. Ok2. Berhenti mengarut. Kita selesaikan syarat-syarat award ni dulu ye.
1) Award ini harus diberi kepada 15 blogger yang sering dilawati dan dirasakan menarik.
Amboi… Banyaknya. Kenapa tak suruh bagi 100 orang je? Hmm, selepas berhempas pulas memerah otak memikirkan kepada siapa hendak ditag, inilah senarai-senarai mereka yang bertuah (bertuah ke?) hihi  :
 Gad
2) Semua nama-nama ni perlulah dimaklumkan bahawa mereka telah tersenarai dalam senarai 15 ni.
3) Syarat terakhir, senaraikan 7 perkara tentang tuan empunya blog.
Hmm, time ni la nak angkat bakul kan. Kalau nak puji diri sendiri boleh tak agaknya? Mesti orang meluat nak baca kan. Ok2. Puji sikit2 dah la kan?
       1.            Seorang lelaki yang masih single.
       2.            Tengah menunggu result exam yang tak keluar-keluar.
       3.            Tak ramai kawan, tapi kalau berkawan memang rapat.
       4.            Tak suka marah-marah.
       5.            Suka makan di restoran berbanding rumah.
       6.            Tengah excited nak main bowling. Siapa nak lawan?
       7.            Rindukan arnab yang dibela di Malaysia. :D
Inilah award tu. Agak-agaknya, siapa yang mula-mula buat award ni ye? Terima kasih kepada yang memberi. Dan yang dah dapat tu, jangan malas-malas buat. Bukan selalu. Kan?

Sunday, July 11, 2010

MEREKA BERTANYAKAN SOAL BID'AH


Fenomena Rejab

Setiap kali munculnya bulan Rejab, Syaaban atau bulan-bulan yang terdapat ‘event’ ibadat, reaksi sebahagian ‘pengkritik’ agama mula berlainan. Ada yang bersetuju dan ada yang berpandangan sebaliknya, tidak kurang ada juga yang ingin menjadi Hero. Titik tolaknya berkisar tentang amalan-amalan yang tidak terdapat dalam nas Al-Quran atau Hadith nabi saw, pendek kata jika mengada-adakan sesuatu amalan yang tiada, akan dilabelkan sebagai BID’AH.

Dalam hal ini saya bersependapat dengan Nabi saw, sabda baginda: ‘Kullu bid’atin dholalah’ (setiap perkara yang dia-adakan itu merupakan kesesatan. Dan kesesatan tempatnya di Neraka). Namun, perspektif yang saya ingin tekankan di sini adalah bagaimana seorang Nabi itu menerangkan soal ‘mengada-adakan amalan’ dan dholalah yang dilarang oleh agama Islam. – Bid’ah itu bukan sembarangan!

Bid’ah itu ada kaitannya dengan pemurnian Aqidah dan pembaikkan amalan iaitu maslahah. Ia tidak mudah untuk dinyatakan kesesatannya. Bukan semua feel yang tidak lakukan oleh Nabi saw pantas dikatakan tidak warod dengan nas, lalu lekas sahaja ia dilabelkan sebagai amalan tambahan yang diada-adakan – (Bid’ah).

Saya sendiri memegang prinsip tidak mudah untuk menyalahkan sesiapa, jauh sekali untuk menyatakan bid’ah atau menyesatkan sesiapa. Saya jua bukan ekstremis!

YA, perkara khilafiyah dan bid’ah ini tetap akan berlaku dalam sebahagian masalah furu’ (cabang) terutama pada cara pelaksaan di dalam ibadah, ia salah satu yang diperakui kewujudannya oleh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah (sila rujuk Kitab al-Farqu baina al-Firoq).

Apabila ditanyakan perkara ini, saya senang mempamerkan sikap pertengahan dan mengambil jalan melihat pandang ke hadapan pada sebuah maslahah dan modhoratnya, iaitu pada kebaikkan dan keburukannya jika ia dilaksanakan atau ditinggalkan. Dalam hal ini, saya terbuka menyatakan dan mengambil sikap mengetepikan seketika soal status (amalan) yang mempunyai keraguan dan kebenaran yang masih belum mutlak.

Persoalannya adalah begini, Bagaimana jika ia ditinggalkan (akan menimbulkan kemudhoratan), dan bagaimana pula jika ia dilaksanakan (akan melahirkan kemaslahatan). Itu lebih baik bagi saya untuk setakat ini berbanding mengambil sikap menyalahkan. Dan saya lebih gemar membincangkan topik ini berdasarkan suasana yang berlaku dalam masyarakat persekitaran, iaitu Melayu Islam. Kata kuncinya adalah maslahah dan mudhorat berdasarkan situasi kontemporari. Ketepikan sementara soal status hadis. Yang pastinya hadith berstatus maudhu’ dan tidak sohih kita tolak terlebih dahulu.

Mengapa Nabi Tidak Memperlakukan (Meninggalkan) Sebahagian Daripada Ibadat?

As-Sheikh Ali Al-Jumuah menyatakan bahawa (merujuk kepada kaedah): ‘At-tarku La Yadullu a’la Tahrim’ (Perkara yang ditinggalkan itu tidak menunjukkan kepada HARAM’

Lalu disimpulkan di dalam kitab yang lain bahawa, apabila Nabi saw meninggalkan sesuatu (ibadah), maka boleh diandaikan beberapa wajah yang bukan bersifat Haram, antaranya adalah:

1. Meninggalkannya kerana Adat
2. Meninggalkannya kerana Lupa
3. Meninggalkan kerana bimbang suatu perkara itu akan difardhukan
4. Kerana Nabi saw seperti manusia biasa yang tidak berupaya untuk melaksanakan semua amalan-amalan mubah (sunat)
5. Kerana Nabi saw seorang yang zuhud dan berpada-pada dalam melakukan sesuatu ibadah (iaitu meninggalkan sikap berlebih-lebihan)

Lalu, tiada menjadi pertikaian yang hebat sehingga mencetuskan huru-hara dalam perlaksanaan furuiyyah (cabang) sehingga melemparkan tuduhan sesat (bid’ah) kepada golongan tertentu. Sedangkan khilafiyyah itu lagi dibenarkan mengapa perlu ada sikap menyalahkan pada suatu yang dibenarkan?

Saya mengandaikan situasi saling menyalahi yang berlaku sekarang ini sebagai perumpaan begini, dua orang adik-beradik yang sedang bertelingkah menyatakan suatu kebenaran yang sama mutlaknya:

Si Abang menyatakan kepada Si Adiknya: ‘Ayah cakap kita mesti makan pisang untuk kesihatan’ (walaupun dia sendiri hanya sesekali saja ternampak dan jarang melihat ayahnya memakan pisang)

Si Adik pula bertegas: ‘Adik selalu nampak ayah makan roti, dan ayah cakap roti juga elok untuk kesihatan '(walaupun si adik tidak pernah mendengar ayahnya berkata WAJIB memakan roti).

Ia ternyata tidak bersalahan.

Lainlah jika terdapat larangan yang menyatakan PENGHARAMAN dan suruhan yang menegaskan KEWAJIPAN, ia boleh terus dipertikaikan sekiranya berlaku pada perkara yang tidak selari dengannya. Bukankah lebih cantik dan molek jika si Abang dan Adik bersepakat dalam perkara dasar (iaitu kesihatan) dan membenarkan antara satu sama lain. Bagi saya ia lebih harmoni berbanding meneruskan perbalahan.

Maslahah dan Mudhorat Adalah Pandang Sisinya Yang Utama

Contoh lain,

Sebuah Negara yang rakyat mereka kebanyakkan telah melupai Agama dan jauh daripada Tuhan (Allah) telah dilarang untuk berzikir selepas sembahyang dan dilarang untuk menyambut hari-hari kebesaran dalam Islam. Sedangkan jika ia diukur, keutamaan untuk melaksanakan perbuatan tersebut akan membuahkan maslahah kepada pembaikkan umat (rakyat) untuk kembali kepada Agama Islam dan keimanan kepada Tuhan. Adakah ia patut di bid’ahkan pada ketika itu?

Anak-anak muda yang mengenali agama melalui jalan sambutan hari kebesaran Islam perlu di dahulukan keutamaan (aulawiyat) mereka jika itu saja satu-satunya cara untuk mengembalikan mereka kepada syiar dan izzah Agama Islam.

Berlaku sebuah peristiwa di zaman pemerintahan khilafah Islamiyah. Ketika itu di sebuah kampung mahu menunaikan Solat Tarawikh. Sebahagian penduduk menyatakan bahawa 8 rakaat adalah sunnah yang dilakukan oleh Nabi saw dan sebahagian yang lain mempertahankan 21 rakaat adalah sunnah sehingga mencetuskan perbalahan dan pergaduhan.

Lantas si Imam mengambil keputusan untuk membatalkan sahaja solat Tarawikh pada malam itu atas alasan Tarawikh adalah sunat, sementara menjaga ukhwah itu wajib! Itulah antara sebab mengapa umat Islam sehingga sekarang belum dapat duduk semeja (bersatu). Ada saja tangan-tangan yang menyalahkan antara satu sama lain. Itu belum lagi soal partisan!

Bukanlah Tiada Pendirian

Apabila saya menyatakan tidak menyokong kepada mana-mana Mazhab tertentu, timbul pula persoalan lain, adakah saya tidak bermazhab atau tiada sebarang pendirian?

Mazhab: soal yang terlalu luas, maka ianya perlu dikembalikan kepada pokok-pangkal dan punca kemunculan mazhab – mahu memudahkan sebilangan umatnya, bukannya perpecahan.

Ia seumpama sebuah Negara besar yang dipecah-pecahkan kepada beberapa buah negeri kecil, dengan tujuan memudahkan urusan pentadbiran pemerintah dan kesenangan rakyatnya. Perumpamaan ini samalah juga seperti Agama ISLAM yang dipecahkan kepada beberapa mazhab, dengan tujuan memudahkan umatnya untuk melaksanakan hukum (taklifat) dengan cara yang mereka mampu dan bersesuaian.

Dasarnya kita tetap berpegang pada pokok yang satu iaitu Al-Quran dan As-sunnah walaupun cabangnya melahirkan ribuan ranting. Dan itu jualah yang mengindahkan sepohon pokok, banyak ranting banyak buahnya yang manis. Dasarnya kita tetap rakyat Malaysia walaupun kita berbeza negeri, Kelantan, sabah dan sebagainya. Banyak negeri banyaklah tradisinya.

Umat Islam akan duduk di bawah satu peraturan yang sama walaupun berbeza dari segi mazhabnya. Ini bermakna tidak semestinya apabila saya berkata: ‘saya tidak berpegang pada mana-mana mazhab saya sudah tidak mempunyai pendirian. Pokoknya saya orang Islam yang juga berpegang pada Quran dan Sunnah. Lainlah jika mazhab itu benar-benar terpesong dan nyata sesatnya seperti Ahbasy, syiah dan lain-lain’

Nasihat saya, jangan terlalu mudah melabel dan berprasangka. Pendirian saya adalah pendirian Al-Quran itu sendiri, pendirian saya adalah pendirian Nabi yang membawa sunnah walaupun ia berstatus dhoif! sedangkan talfiq (berbilang mazhab) itu lagi dibenarkan (jika dengan ilmu).

Timbul pula masalah lain, apabila berlaku kesan kepada mereka yang bersikap fanatic atau ta’sub terhadap mazhab ini telah menjadi keterlaluan, iaitu kerenggangan hubungan sillaturrahim antara umatnya. Akhirnya tujuan asal kepada pembinaan mazhab sudahpun lari dan hancur angkara umatnya sendiri – maslahah yang dicari mudhorat pula yang terjadi.

Oleh kerana terlalu ta’subkan sesuatu mazhab, adik-beradik sudah tidak bertegur sapa. Sahabat baik menjadi renggang akibat perbalahan soal pendirian. Bermasam muka hanya disebabkan salah seorang berpendirian ‘tidak boleh berzikir selepas solat’ Sedangkan jika berzikir sekalipun, dua manfaat dapat dipelihara: iaitu ukhwah dan pahala (fadhilat) yang terus berpanjangan.

Bukankah lebih indah jika bergaduh bagaimana cara untuk menghapuskan lesen perjudian? Berfikir juga macam mana mahu mengatasi perzinaan, arak dan lain-lain lagi perkara yang HARAM. Tergadainya prinsip dan keindahan sebuah agama hanya kerana soal status bid’ah. Kalau Nabi mengetahuinya, menangislah Baginda mengenangkan umatnya yang berbalah.

Ini bukanlah soal meringan-ringankan Ugama, tetapi soal adab berpendapat dalam bermazhab.

Adab, Adat dan Ibadat

Saya juga bersahabat dengan mereka yang kuat berpegang dengan mazhab Salafi, sebahagiannya bermazhab Wahabi. Itu saya kurang kisah, saya berlapang dada dengan semua mazhab termasuk Syiah sendiri selagi ia tak bertentangan dengan syara’. Tetapi sikapnya (perangai individu tersebut) yang menjadikan saya terlalu ambil kisah. Katanya: Membacanya surah Yaasin pada malam jumaat tidak warod dengan sunnah (amalan) Nabi saw, jika dibuat majlis bacaan Yaasin dia akan mengasingkan diri seketika. Tetapi sambil-sambil mengasingkan diri dek ketika orang lain membaca Yaasin dia seronok melayari Facebook, ke manakah adab dan keutamaannya?

Jika tidak mahu beriktiqod membaca Surah Yaasin pada malam jumaat itu sebagai sunnah sekalipun, susahkah untuk beriktiqod membaca Yaasin sekadar menunaikan hajat? Itu juga sunnah. Kata Nabi, ‘Setiap sesuatu itu mempunyai hati, hati AL-Quran adalah Yaasin, sesiap yang berhajat maka bacalah pada surah tersebut’

Kalau begitu, orang yang tidak bermazhab lebih mulia kerana mereka lebih menghormati ibadat dan adat di samping mempunyai adab yang baik terhadap agama.

Fahaman Wahabi dan Salafinya tidak menjadi kesalahan bagi mereka, kerana dasarnya dipetik sama seperti yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, yang bersalah adalah penganut atau pemegangnya. Mungkin kurangnya adab disebabkan kurangnya ilmu yang dianuti.

Berhenti sekejap berbicara soal bid’ah dan saling menyalahi, tetapi mencari jalan untuk penyatuan ummah dan bagaimana mahu menerima Islam dengan jalan kepelbagaian. Mungkin ada orang yang senang berbaju melayu dan sebahagian yang lain gemar berkemeja, biarlah apa jua jenis pakaian pokok pangkalnya ia menutup aurat. Jangan pula si pemegang ‘mazhab kemeja’ membid’ahkan pemegang ‘mazhab baju melayu’ lalu dalam masa yang sama dia pula memakai seluar pendek.

‘Ukhwah bersepai, Ugama tergadai’ - Arakian, inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu kita.

Penutup dan Konklusi

Beramal mestilah berpandukan ilmu, beribadah mestilah tahu akan rukunnya. Begitulah fitrah dan aturan sebuah KEHIDUPAN. Agama akan pincang kerana sikap umatnya, agama juga akan dipandang buruk akibat keburukan penganutnya. Dasarnya, agama itu suci lagi bersifat memandu.

Tidaklah molek jika sesuatu yang indah dan memberi maslahah kepada manusia (ummah) dimanipulasikan oleh golongan tertentu untuk disalahkan pelaksanaannya. Kita semua mahu bersatu atas nama Islam yang dibawa oleh Nabi saw. Kata ALLAH: ‘Berpegang-teguhlah pada tali ALLAH wahai sekalian manusia’ (Ali-Imran)

[Usah Jemu Memberi]

Dicopy dari sini

Saturday, July 10, 2010

Al-Quran is the best doctor


Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya:

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".



PENYAKIT ROHANI (SPRITUAL ILLNESS)

Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir, saka dan racun santau).

Sihir yang sangat popular di kalangan masyarakat melayu adalah ilmu pengasih dan ilmu pemisah. Ilmu pengasih apabila ada orang yang ingin mempengaruhi emosi dan perasaan sesaorang dengan menggunakan jin dan sihir. Ilmu pemisah pula apabila ada orang ketiga yang ingin memisahkan pasangan suami isteri untuk mengawini suami atau isteri pasangan tersebut.


- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati
Related Posts with Thumbnails