Perjalanan yang tidak dirancang sememangnya amat meletihkan namun agak menyeronokkan. Ini kerana cabaran yang perlu dilalui sebelum sampai ke tempat tujuan sememangnya amat menarik untuk ditempuh. Malah, ketibaan kita ke destinasi yang ingin dituju setelah perjalanan yang memenatkan pastinya membuahkan kepuasan yang tidak terkata.
“Jom pergi Dreampark!” kata kawan saya kepada saya beberapa jam sebelum solat Jumaat. Saya yang agak terkejut dengan ajakan tersebut pada mulanya enggan untuk menerima pelawaan itu. Tetapi, oleh kerana saya memang teringin hendak ke sana untuk melepaskan tension sepanjang peperiksaan tempoh hari menerima sahaja tanpa banyak bicara.
Masalah pertama yang kami hadapi adalah bagaimana untuk sampai ke sana. Kami hanya pernah sampai sekali sahaja ke situ, itupun mengikut rombongan. Apa yang kami tahu tentang tempat tersebut hanyalah kedudukannya di Madinah Sittah Oktober yang berdekatan dengan Giza. Masalah kedua pula ialah bagaimana untuk pulang dari sana, memandangkan kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan highway. Jadi, memang mustahil untuk menahan teksi untuk menghantar kami pulang.
Hasil perbincangan saya dengan seorang lagi rakan, kami memutuskan untuk meminta sahabat kami menjemput kami pulang menaiki kereta. Mujurlah dia bersetuju. Tetapi, untuk perjalanan pergi, kami memutuskan untuk meredah sahaja tanpa bertanyakan kepada sesiapa memandangkan masa yang agak suntuk. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 3 petang. Rombongan kami kali ini hanyalah seramai lima orang.
Memandangkan perjalanan yang agak jauh ini memerlukan tenaga yang banyak, kami bersepakat untuk mengisi perut terlebih dahulu. Kami menuju ke HadraMaut yang terletak di Abas el-Aqqad. Setelah memenuhkan perut masing-masing, kami pun mula bertolak.
Kami menuju ke Ramsis, untuk menaiki Metro; sejenis perkhidmatan keretapi bawah tanah yang terdapat di Mesir. Ia akan membawa kami terus ke Giza. Kami bercadang untuk menaiki teksi sahaja daripada sana untuk ke Dreampark. Namun, kami bertanya dahulu kepada salah seorang pekerja di situ, bagaimana untuk ke tempat tersebut. Mereka memberitahu, untuk ke sana dari Giza menaiki teksi memakan belanja sekitar LE 50. Kami agak terkesima di situ, namun perjalanan perlu diteruskan.
Mujurlah ketika kami sedang menaiki Metro, terdapat seorang ammu yang amat baik hati. Dia menunjukkan kami perkhidmatan van yang disediakan untuk ke sana. Harganya memang jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan teksi. Cuma LE 2.25 seorang untuk tiba ke sana. Setelah mengucapkan terima kasih kepada ammu tersebut, van tersebut pun memulakan perjalanannya.
Kami tiba di sana sekitar jam 7 petang. Setelah puas berseronok di sana, kami pun pulang pada lewat malam. Perjalanan pada kali ini, memang tidak akan saya lupakan memandangkan perancangannya hanyalah dibuat pada pagi hari kami bertolak.. :D
4 comments:
wah..bestnyer..lau naik metro turun mahattah ape?mahattah bandar tasik selatan ker??hihi
haha..
mahattah addis ababa kot..
haha
erm..dream park tu cmne eh? tak tau la.hee~
hehe...
mcm theme park la kirenye..
huhu
Post a Comment