Firman Allah di dalam kitab-Nya :
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal”
(Surah al-Hujurat 49 : 13)
Ayat di atas menggambarkan betapa Allah ingin menunjukkan peri pentingnya seseorang yang bernama sahabat dalam kehidupan setiap manusia. Dia menganjurkan hamba-Nya agar saling berkenalan dan bersahabat kerana dari situlah pelbagai faedah akan terhasil. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.”
(at-Tirmizi)
Hakikatnya, seorang sahabat mampu mencorakkan kehidupan sahabatnya, sama ada sedikit ataupun banyak. Kita juga mampu merubah diri sendiri mengikut keperibadian sahabat kita. Hendakkan diri menjadi rajin, bersahabatlah dengan orang yang rajin. Jikalau mahu menjadi soleh, bergaullah dengan orang-orang soleh. Bagaimana mungkin kita hendak menjadi baik sekiranya kita bercampur gaul dengan masyarakat yang telah terpesong?
Sesudah kita memilih sahabat yang terbaik untuk diri kita, maka hendaklah kita menyayanginya kerana Allah. Kerana hubungan yang tercipta kerana Pencipta insya-Allah akan berkekalan dan dilimpahi keredhaan-Nya. Malah, hubungan yang seperti ini jugalah mampu membuahkan kecintaan Allah terhadap kita. Daripada Abu Hurairah r.a. :
“Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergimenziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu pun bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampong itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” “Tidak, aku mencintainya kerana Allah s.w.t.” Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”.
(Muslim)
Jadi, di sini dapatlah kita ketahui, betapa pentingnya peranan seorang sahabat dalam kehidupan seseorang. Maka, pilihlah sahabat yang mampu untuk membimbing kita ke arah yang lebih baik dan lebiih diredhai Allah.
p/s : Ini adalah entri pertama hasil daripada buah fikiran saya sendiri. Segala kekurangan atau cacat cela harap dimaafkan. Tidak lupa juga, entry ini khas untuk sahabat saya. :D
4 comments:
wah..tahniah yer..
First entry tapi orait lorh.
cantik punyer entry.
suka!
hehe..
apela sgt entry sy ni kalau nk banding ngan entry awk..
menarik dan berisi..
huhu
mantap2..teruskan usaha anda..
hehe..
kuat muja..
xditerima..
:p
Post a Comment