Followers

Monday, July 12, 2010

Aku hanya mampu berdoa..


Hasrat di hati ingin bersama anak-anak Negeri Sembilan yang lain di RNSK memandangkan hari ini merupakan perasmian hari keluarga 2010. Tetapi desas-desus yang timbul mengatakan keputusan peperiksaan yang diduduki tempoh hari akan keluar esok membantutkan semangat saya untuk ke mana-mana. Apa yang dilakukan semuanya serba tak kena. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi pun ala-ala kerbau je. Semuanya dek kerana memikirkan natijah.
Ada yang mula tersenyum lebar kerana mereka telah mengetahui keputusan mereka melalui internet. Untunglah mereka, tak perlu risau dan tentu arah. Saya yang sejak pagi lagi cuba untuk melihat natijah melalui internet, tidak Berjaya melakukan demikian. Laman tersebut tidak dapat ditembusi. Mungkin kerana traffic yang terlalu tinggi secara mendadak pada hari ini membuatkan perkara sedemikian berlaku. Jadi saya hanya pasrah dan mengharapkan keajaiban yang laman tersebut mampu saya layari sehinggalah ke saat ini. Hasrat di hati membuak-buak untuk mengetahui natijah.
Dengar kata, esok hari boleh mendapatkan keputusan tersebut di Maahad. Namun, oleh kerana tiada apa-apa khabar dari MAQAZ atau mana-mana wakil pelajar, jadi saya hanya terus berharap. Tidak sanggup rasanya untuk menanggung lagi rasa ini. Segala yang dilakukan rasa tak kena. Mak ayah di Malaysia sudah setiap hari menghantar SMS bertanyakan natijah. Mereka pun tak senang duduk, inikan lagi saya.
Apa-apapun, tidak kira bila masanya pun natijah ini akan keluar, saya mendoakan kesemua pelajar Takhassus Qiraat Shoubra tahun 3 najah sofi. Biar semua kita tenang tanpa ada gusar di hati. Good luck and all the best!

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah...
skrg da boleh tersenyum n fikir utk kehidupan mendatang =)
smg sentiasa berjaya dlm segala lapangan n dipermudahkan segala urusan.
a/s

Ahmad Nordinie said...

terima kasih..
:D

Related Posts with Thumbnails