Fenomena Rejab
Setiap kali munculnya bulan Rejab, Syaaban atau bulan-bulan yang terdapat ‘event’ ibadat, reaksi sebahagian ‘pengkritik’ agama mula berlainan. Ada yang bersetuju dan ada yang berpandangan sebaliknya, tidak kurang ada juga yang ingin menjadi Hero. Titik tolaknya berkisar tentang amalan-amalan yang tidak terdapat dalam nas Al-Quran atau Hadith nabi saw, pendek kata jika mengada-adakan sesuatu amalan yang tiada, akan dilabelkan sebagai BID’AH.
Dalam hal ini saya bersependapat dengan Nabi saw, sabda baginda: ‘Kullu bid’atin dholalah’ (setiap perkara yang dia-adakan itu merupakan kesesatan. Dan kesesatan tempatnya di Neraka). Namun, perspektif yang saya ingin tekankan di sini adalah bagaimana seorang Nabi itu menerangkan soal ‘mengada-adakan amalan’ dan dholalah yang dilarang oleh agama Islam. – Bid’ah itu bukan sembarangan!
Bid’ah itu ada kaitannya dengan pemurnian Aqidah dan pembaikkan amalan iaitu maslahah. Ia tidak mudah untuk dinyatakan kesesatannya. Bukan semua feel yang tidak lakukan oleh Nabi saw pantas dikatakan tidak warod dengan nas, lalu lekas sahaja ia dilabelkan sebagai amalan tambahan yang diada-adakan – (Bid’ah).
Saya sendiri memegang prinsip tidak mudah untuk menyalahkan sesiapa, jauh sekali untuk menyatakan bid’ah atau menyesatkan sesiapa. Saya jua bukan ekstremis!
YA, perkara khilafiyah dan bid’ah ini tetap akan berlaku dalam sebahagian masalah furu’ (cabang) terutama pada cara pelaksaan di dalam ibadah, ia salah satu yang diperakui kewujudannya oleh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah (sila rujuk Kitab al-Farqu baina al-Firoq).
Apabila ditanyakan perkara ini, saya senang mempamerkan sikap pertengahan dan mengambil jalan melihat pandang ke hadapan pada sebuah maslahah dan modhoratnya, iaitu pada kebaikkan dan keburukannya jika ia dilaksanakan atau ditinggalkan. Dalam hal ini, saya terbuka menyatakan dan mengambil sikap mengetepikan seketika soal status (amalan) yang mempunyai keraguan dan kebenaran yang masih belum mutlak.
Persoalannya adalah begini, Bagaimana jika ia ditinggalkan (akan menimbulkan kemudhoratan), dan bagaimana pula jika ia dilaksanakan (akan melahirkan kemaslahatan). Itu lebih baik bagi saya untuk setakat ini berbanding mengambil sikap menyalahkan. Dan saya lebih gemar membincangkan topik ini berdasarkan suasana yang berlaku dalam masyarakat persekitaran, iaitu Melayu Islam. Kata kuncinya adalah maslahah dan mudhorat berdasarkan situasi kontemporari. Ketepikan sementara soal status hadis. Yang pastinya hadith berstatus maudhu’ dan tidak sohih kita tolak terlebih dahulu.
Mengapa Nabi Tidak Memperlakukan (Meninggalkan) Sebahagian Daripada Ibadat?
As-Sheikh Ali Al-Jumuah menyatakan bahawa (merujuk kepada kaedah): ‘At-tarku La Yadullu a’la Tahrim’ (Perkara yang ditinggalkan itu tidak menunjukkan kepada HARAM’
Lalu disimpulkan di dalam kitab yang lain bahawa, apabila Nabi saw meninggalkan sesuatu (ibadah), maka boleh diandaikan beberapa wajah yang bukan bersifat Haram, antaranya adalah:
1. Meninggalkannya kerana Adat
2. Meninggalkannya kerana Lupa
3. Meninggalkan kerana bimbang suatu perkara itu akan difardhukan
4. Kerana Nabi saw seperti manusia biasa yang tidak berupaya untuk melaksanakan semua amalan-amalan mubah (sunat)
5. Kerana Nabi saw seorang yang zuhud dan berpada-pada dalam melakukan sesuatu ibadah (iaitu meninggalkan sikap berlebih-lebihan)
Lalu, tiada menjadi pertikaian yang hebat sehingga mencetuskan huru-hara dalam perlaksanaan furuiyyah (cabang) sehingga melemparkan tuduhan sesat (bid’ah) kepada golongan tertentu. Sedangkan khilafiyyah itu lagi dibenarkan mengapa perlu ada sikap menyalahkan pada suatu yang dibenarkan?
Saya mengandaikan situasi saling menyalahi yang berlaku sekarang ini sebagai perumpaan begini, dua orang adik-beradik yang sedang bertelingkah menyatakan suatu kebenaran yang sama mutlaknya:
Si Abang menyatakan kepada Si Adiknya: ‘Ayah cakap kita mesti makan pisang untuk kesihatan’ (walaupun dia sendiri hanya sesekali saja ternampak dan jarang melihat ayahnya memakan pisang)
Si Adik pula bertegas: ‘Adik selalu nampak ayah makan roti, dan ayah cakap roti juga elok untuk kesihatan '(walaupun si adik tidak pernah mendengar ayahnya berkata WAJIB memakan roti).
Ia ternyata tidak bersalahan.
Lainlah jika terdapat larangan yang menyatakan PENGHARAMAN dan suruhan yang menegaskan KEWAJIPAN, ia boleh terus dipertikaikan sekiranya berlaku pada perkara yang tidak selari dengannya. Bukankah lebih cantik dan molek jika si Abang dan Adik bersepakat dalam perkara dasar (iaitu kesihatan) dan membenarkan antara satu sama lain. Bagi saya ia lebih harmoni berbanding meneruskan perbalahan.
Maslahah dan Mudhorat Adalah Pandang Sisinya Yang Utama
Contoh lain,
Sebuah Negara yang rakyat mereka kebanyakkan telah melupai Agama dan jauh daripada Tuhan (Allah) telah dilarang untuk berzikir selepas sembahyang dan dilarang untuk menyambut hari-hari kebesaran dalam Islam. Sedangkan jika ia diukur, keutamaan untuk melaksanakan perbuatan tersebut akan membuahkan maslahah kepada pembaikkan umat (rakyat) untuk kembali kepada Agama Islam dan keimanan kepada Tuhan. Adakah ia patut di bid’ahkan pada ketika itu?
Anak-anak muda yang mengenali agama melalui jalan sambutan hari kebesaran Islam perlu di dahulukan keutamaan (aulawiyat) mereka jika itu saja satu-satunya cara untuk mengembalikan mereka kepada syiar dan izzah Agama Islam.
Berlaku sebuah peristiwa di zaman pemerintahan khilafah Islamiyah. Ketika itu di sebuah kampung mahu menunaikan Solat Tarawikh. Sebahagian penduduk menyatakan bahawa 8 rakaat adalah sunnah yang dilakukan oleh Nabi saw dan sebahagian yang lain mempertahankan 21 rakaat adalah sunnah sehingga mencetuskan perbalahan dan pergaduhan.
Lantas si Imam mengambil keputusan untuk membatalkan sahaja solat Tarawikh pada malam itu atas alasan Tarawikh adalah sunat, sementara menjaga ukhwah itu wajib! Itulah antara sebab mengapa umat Islam sehingga sekarang belum dapat duduk semeja (bersatu). Ada saja tangan-tangan yang menyalahkan antara satu sama lain. Itu belum lagi soal partisan!
Bukanlah Tiada Pendirian
Apabila saya menyatakan tidak menyokong kepada mana-mana Mazhab tertentu, timbul pula persoalan lain, adakah saya tidak bermazhab atau tiada sebarang pendirian?
Mazhab: soal yang terlalu luas, maka ianya perlu dikembalikan kepada pokok-pangkal dan punca kemunculan mazhab – mahu memudahkan sebilangan umatnya, bukannya perpecahan.
Ia seumpama sebuah Negara besar yang dipecah-pecahkan kepada beberapa buah negeri kecil, dengan tujuan memudahkan urusan pentadbiran pemerintah dan kesenangan rakyatnya. Perumpamaan ini samalah juga seperti Agama ISLAM yang dipecahkan kepada beberapa mazhab, dengan tujuan memudahkan umatnya untuk melaksanakan hukum (taklifat) dengan cara yang mereka mampu dan bersesuaian.
Dasarnya kita tetap berpegang pada pokok yang satu iaitu Al-Quran dan As-sunnah walaupun cabangnya melahirkan ribuan ranting. Dan itu jualah yang mengindahkan sepohon pokok, banyak ranting banyak buahnya yang manis. Dasarnya kita tetap rakyat Malaysia walaupun kita berbeza negeri, Kelantan, sabah dan sebagainya. Banyak negeri banyaklah tradisinya.
Umat Islam akan duduk di bawah satu peraturan yang sama walaupun berbeza dari segi mazhabnya. Ini bermakna tidak semestinya apabila saya berkata: ‘saya tidak berpegang pada mana-mana mazhab saya sudah tidak mempunyai pendirian. Pokoknya saya orang Islam yang juga berpegang pada Quran dan Sunnah. Lainlah jika mazhab itu benar-benar terpesong dan nyata sesatnya seperti Ahbasy, syiah dan lain-lain’
Nasihat saya, jangan terlalu mudah melabel dan berprasangka. Pendirian saya adalah pendirian Al-Quran itu sendiri, pendirian saya adalah pendirian Nabi yang membawa sunnah walaupun ia berstatus dhoif! sedangkan talfiq (berbilang mazhab) itu lagi dibenarkan (jika dengan ilmu).
Timbul pula masalah lain, apabila berlaku kesan kepada mereka yang bersikap fanatic atau ta’sub terhadap mazhab ini telah menjadi keterlaluan, iaitu kerenggangan hubungan sillaturrahim antara umatnya. Akhirnya tujuan asal kepada pembinaan mazhab sudahpun lari dan hancur angkara umatnya sendiri – maslahah yang dicari mudhorat pula yang terjadi.
Oleh kerana terlalu ta’subkan sesuatu mazhab, adik-beradik sudah tidak bertegur sapa. Sahabat baik menjadi renggang akibat perbalahan soal pendirian. Bermasam muka hanya disebabkan salah seorang berpendirian ‘tidak boleh berzikir selepas solat’ Sedangkan jika berzikir sekalipun, dua manfaat dapat dipelihara: iaitu ukhwah dan pahala (fadhilat) yang terus berpanjangan.
Bukankah lebih indah jika bergaduh bagaimana cara untuk menghapuskan lesen perjudian? Berfikir juga macam mana mahu mengatasi perzinaan, arak dan lain-lain lagi perkara yang HARAM. Tergadainya prinsip dan keindahan sebuah agama hanya kerana soal status bid’ah. Kalau Nabi mengetahuinya, menangislah Baginda mengenangkan umatnya yang berbalah.
Ini bukanlah soal meringan-ringankan Ugama, tetapi soal adab berpendapat dalam bermazhab.
Adab, Adat dan Ibadat
Saya juga bersahabat dengan mereka yang kuat berpegang dengan mazhab Salafi, sebahagiannya bermazhab Wahabi. Itu saya kurang kisah, saya berlapang dada dengan semua mazhab termasuk Syiah sendiri selagi ia tak bertentangan dengan syara’. Tetapi sikapnya (perangai individu tersebut) yang menjadikan saya terlalu ambil kisah. Katanya: Membacanya surah Yaasin pada malam jumaat tidak warod dengan sunnah (amalan) Nabi saw, jika dibuat majlis bacaan Yaasin dia akan mengasingkan diri seketika. Tetapi sambil-sambil mengasingkan diri dek ketika orang lain membaca Yaasin dia seronok melayari Facebook, ke manakah adab dan keutamaannya?
Jika tidak mahu beriktiqod membaca Surah Yaasin pada malam jumaat itu sebagai sunnah sekalipun, susahkah untuk beriktiqod membaca Yaasin sekadar menunaikan hajat? Itu juga sunnah. Kata Nabi, ‘Setiap sesuatu itu mempunyai hati, hati AL-Quran adalah Yaasin, sesiap yang berhajat maka bacalah pada surah tersebut’
Kalau begitu, orang yang tidak bermazhab lebih mulia kerana mereka lebih menghormati ibadat dan adat di samping mempunyai adab yang baik terhadap agama.
Fahaman Wahabi dan Salafinya tidak menjadi kesalahan bagi mereka, kerana dasarnya dipetik sama seperti yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, yang bersalah adalah penganut atau pemegangnya. Mungkin kurangnya adab disebabkan kurangnya ilmu yang dianuti.
Berhenti sekejap berbicara soal bid’ah dan saling menyalahi, tetapi mencari jalan untuk penyatuan ummah dan bagaimana mahu menerima Islam dengan jalan kepelbagaian. Mungkin ada orang yang senang berbaju melayu dan sebahagian yang lain gemar berkemeja, biarlah apa jua jenis pakaian pokok pangkalnya ia menutup aurat. Jangan pula si pemegang ‘mazhab kemeja’ membid’ahkan pemegang ‘mazhab baju melayu’ lalu dalam masa yang sama dia pula memakai seluar pendek.
‘Ukhwah bersepai, Ugama tergadai’ - Arakian, inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu kita.
Penutup dan Konklusi
Beramal mestilah berpandukan ilmu, beribadah mestilah tahu akan rukunnya. Begitulah fitrah dan aturan sebuah KEHIDUPAN. Agama akan pincang kerana sikap umatnya, agama juga akan dipandang buruk akibat keburukan penganutnya. Dasarnya, agama itu suci lagi bersifat memandu.
Tidaklah molek jika sesuatu yang indah dan memberi maslahah kepada manusia (ummah) dimanipulasikan oleh golongan tertentu untuk disalahkan pelaksanaannya. Kita semua mahu bersatu atas nama Islam yang dibawa oleh Nabi saw. Kata ALLAH: ‘Berpegang-teguhlah pada tali ALLAH wahai sekalian manusia’ (Ali-Imran)
[Usah Jemu Memberi]

Dicopy dari sini
1 comment:
erm..bagi yang ada ilmu mantik ni memang best benda2 macam ni
Post a Comment