Keputusan peperiksaan saya.. |
Di saat keputusan peperiksaan saya terpampang di skrin, tiada apa yang terlahir dari lidah saya melainkan Alhamdulillah sahaja. Tidak mampu digambarkan betapa gembira dan bersyukurnya saya menerima keputusan seperti yang terpampang di atas. Berita ini sememangnya satu berita yang bukan sahaja menggembirakan saya, malah juga ibu bapa saya. Betapa penat lelah saya sepanjang 3 tahun di sini terbayar dengan kejayaan ini.
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih sebanyak-banyaknya kepada kesemua masyaikh yang terdapat di Maahad Qiraat Shoubra, jasa kalian memang tidak mampu untuk saya balas. Juga kepada ibubapa serta keluarga yang tidak henti-henti memberikan dorongan dan semangat sepanjang saya belajar di sini. Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang sama-sama belajar dengan saya, Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
Kepada yang kurang bernasib baik pada kali ini, saya mendoakan kejayaan anda semua dalam peperiksaan ulangan daur thani. Semoga kita semua pada kali ini dapat menamatkan pengajian di Shoubra dengan jayanya.
8 comments:
tahniah dinie =)
a/s
terima kasih..
sape ni ye?
ala..
dinie mmg mantap..
beliau adalah cikgu dlm kelas kami..
dan beliau juga antara pemberi syafaat di dalam dewan peperiksaan.. haha.. :-)
haha..
ceh..
duan ni..
nak membodek ke ape?
hihi
"pemberi syafaat di dalam dewan peperiksaan"?!
kongsi jawapan ye :p
a/s
haha..
no komen..
~~
nk cook door... hahaha
Boleh je..
jom la duan..
tp aku nk ajak wariy skali..
kalu ade apis pun xpe gak..
bidin tinggalkan je..
hahaha
Post a Comment