Dhobt dari segi bahasa : Menyampaikan tujuan dalam melakukan sesuatu.
Dari segi istilah : Ilmu yang membincangkan tentang segala yang berkaitan dengan huruf sama ada baris, sukun, sabdu, mad dan lain-lain.
Naqt (tanda) terbahagi kepada dua : Naqt I’rab (baris) atau Naqt I’jam (titik)
NAQT I’RAB
Tanda-tanda yang menunjukkan apa yang datang kepada sesuatu huruf sama ada baris, sukun, mad sabdu dan selainnya.
Dikatakan pengasasnya adalah al-Khalil bin Ahmad, dan ada juga yang mengatakan Nasr bin ‘Asim, Yahya bin Ya’mur. Ada juga pendapat yang mengatakan Abdullah bin Ishak al-Hadhrami; guru kepada Abu ‘Amru bin al-‘Ala’ dan dikatakan juga al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi
Namun, menurut jumhur ulama’ dan juga pendapat yang sahih, pengasas ilmu ini adalah Abu al-Aswad ad-Du’ali di bawah perintah Ziad bin Abi Ziad, penguasa Basrah di zaman Khilafah Mu’awiah bin Abi Sufian.
Sebab terciptanya tanda titik :
Muawiyah meminta Ziad menghantarkan anaknya; Ubaidullah bin Ziad menghadap Muawiyah. Kemudian, setibanya Ubaidullah di hadapan Muawiyah dan mereka berbicara, maka Muawiyah mendapati banyaknya kesalahan bahasa di dalam pertuturan Ubaidullah. Selepas itu, Ubaidullah pun pulang bersama surat yang diutuskan oleh Muawiyah yang menyatakan bahawa terdapat kesalahan dalam pertuturan anaknya.
Maka Ziad pun pergi berjumpa Abu Aswad dan berkata padanya : Sesunggunhya orang bukan Arab telah merosakkan Bahasa Arab. Maka, apalah kiranya jika kau meletakkan sesuatu yang boleh memperelokkan kembali pertuturan manusia, dan membariskan al-Quran, tetapi Abu Awad enggan. Maka Ziad menyuruh seorang seorang lelaki duduk di sebatang jalan yang biasa dilalui oleh Abu Aswad dan dia berkata kepada lelaki itu, “Apabila Abu Aswad lalu di sini, bacalah sesuatu dari kitab Allah dan bacalah secara salah dengan sengaja”.
Apabila Abu Aswad melalui kawasan itu maka lelaki itu pun membaca ayat (أنّ الله بريء من المشركين ورسوله ) dengan membariskan bawah pada huruf sin pada perkataan ورسوله yang bermaksud : Sesungguhnya Allah berlepas diri dari orang musyrikin dan rasulnya. Maka berkata Abu Aswad : Aku berlindung dengan Allah dari perlepasan-Nya daripada rasulnya, kemudian dia pun mendapatkan Ziad dan bersetuju untuk meletakkan tanda-tanda baris pada al-Quran.
Kemudian, dia memilih seorang pemuda dari Qabilah Abdul Qais, (ada yang mengatakan dari Quraisy) dan berkata Abu Aswad kepadanya : Ambillah satu mushaf beserta dakwat yang berbeza warnanya dari tulisan mushaf, apabila aku membuka mulutku, maka letakkan satu titik di atas huruf itu, apabila aku memuncungkannya, letakkan titik di hadapan huruf itu dan apabila aku membacanya dengan kasrah, letakkan titik di bawah huruf itu dan jika aku menyertakan dengung pada sesuatu huruf itu (tanwin) letakkan dua titik padanya sehinggalah tiba ke akhir mushaf.
Daripada zaman itu, telah berlaku beberapa penambahan sehinggalah tiba zaman Khilafah Abbasiah dan muncullah seorang ulama’ agung yang bernama al-Khalil bin Ahmad al-Basri dan menukar tanda baris atas sebelumnya kepada alif kecil yang terbaring, baris depan dengan wau kecil serta baris bawah dengan ya kecil. Dia juga menjadikan kepala huruf Syin sebagai lambang untuk sabdu, kepala Kha untuk lambang sukun dan juga terdapat lambang-lambang lain seperti Ikhtilas, Isymam dan sebagainya
2 comments:
waa..phnie aku xyah p la klas dhob..
da ade syekh penterjmah nie..aku ngaji dgn mu jela..haha
banyak cantik xnak pegi..
aku piat telinga kang tau la..
haha
Post a Comment