Followers

Friday, April 16, 2010

Sajak??!

Sekali sekala ada terasa macam nak tulis sajak. Ini cubaan pertama setelah begitu lama tidak menulis sajak sampai tak tau nak bagi tajuk apa. =p . Komen anda amat dialu-alukan.




Masihkah kau ingat

Di saat kau keseorangan

Menempuh kegelapan yang tiada berpenghujung

Kerap juga kau tersungkur

Terperosok ke dalam lembah kehinaan yang gelita

Namun itulah kegembiraanmu

Itulah keseronokan buat dirimu




Tapi akhirnya kau tersedar

Keseronokan itu penghancur dirimu

Kegembiraan itu pemusnah segala

Kegelapan itu perosak harapan




Kemudian

Lahirlah cahaya menerangi kehidupanmu

Menunjuk jalan kebahagiaan

Maka genggamlah ia sekuat hatimu

Jangan kau biarkan ia pergi

Kerna jika ia hilang

Kembalilah kamu kepada kegelapan

Terumbang ambing tanpa tujuan

Ibarat kapal yang tiada nakhoda

Hanyut di pertengahan lautan

Akhirnya karam ditelan keganasan ombak



6 comments:

Nothing Special said...

salam..wah..bersajak pulak..bagus..teruskan....

Ahmad Nordinie said...

hihi
biase2 je
bkn best mane pun
:p

syahir said...

name pena xde ke?

Ahmad Nordinie said...

haha..
stakat ni xde lg
:p

extraordinarydesign said...

lelaki jiwang yang matang..hehe

Ahmad Nordinie said...

jiwang ke??
xkot..

Related Posts with Thumbnails