Followers

Tuesday, July 13, 2010

Bagaimana menghapuskan sifat malas?




Malas adalah musuh utama manusia untuk bergerak maju. Oleh itu, kita perlu buang sifat malas, supaya motivasi untuk kita berdaya maju tidak pudar. Apa pun yang kita lakukan, kalau ada perkataan malas di hujung, jawapannya gagal, separuh gagal atau kesannya output yang terbentuk bermalas-malas (sekadar melepas batuk ditangga).

Pelajar yang malas pelajarannya akan merosot.

Pekerja yang malas hasil kerjanya tidak menepati sasaran syarikat.

Suri rumah yang malas banyak tidur dan mengumpul lemak.

Pemimpin yang malas kepimpinannya hentam keromo.

Contoh: Sebelum pergi ke pejabat; kalau kita sudah set minda bahawa banyak benda kita nak buat dipejabat, esoknya bangun pagi sahaja kita dah katakan pada diri kita “Malasnya nak pergi ke pejabat”.

“Malasnya nak bangun”

“Malasnya nak solat subuh”

“Malasnya nak mandi”

“Malasnya nak buat sarapan”

“Malasnya nak pandu kereta/motor”

“Malasnya nak buat kerja”

Saya percaya hari tersebut merupakan hari yang kurang berkualiti bagi diri kita. Semua ini sebab apa? Sebab ada perkataan malas. Hanya satu perkataan ini boleh merubah begitu sekali nilai hidup kita. Hanya kerana malas, bukan sahaja hidup tidak berkualiti malah matlamat yang menjadi target hidup pun boleh tersasar. Keseimpulannya, MALAS pembunuh motivasi diri manusia yang utama.

3 cara untuk mengelak rasa malas;

1. Buang perkataan malas dengan pantas. Malas berlaku bila kita berseorangan. Jadi, pertama buang perkataan malas ganti dengan pantas dan anggaplah ada yang memerhati.

2. Guna otak kanan iaitu otak kreatif dengan selalu mengubah perjalanan (approach) hidup hari demi hari. Namun, hasrat, target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita tetap sama.

3. Beri stamina kepada diri sendiri; orang jadi malas sebab dia tidak bertenaga, tidak ada hasrat, target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita.

Renungan:  Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam sebab itu kekal, perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu hanya lakonan.


p/s : Peringatan buat diriku yang sedang bermalas-malasan sepanjang minggu ini!!!

3 comments:

Anonymous said...

salam,
nak tanye...
perubahan dari dalam tu mcm mane?
perubahan dari luar tu mcm mane?
a/s

Ahmad Nordinie said...

perubahan dari dalam tu maksudnya perubahan dari hati, disertai dengan niat yang ikhlas..

perubahan dari luar pula bermaksud, perubahan yang sekadar untuk menunjuk kepada orang lain, agar luaran kita nampak baik..

hmm..
boleh difahami x penerangan tu?
:D

Anonymous said...

emmm...
alhamdulillah =)
a/s

Related Posts with Thumbnails